Gempar !!! Laporan dedah 4 juta data warganegara Malaysia dijual dengan harga RM35,000

Laporan dedah 4 juta data warganegara Malaysia dijual dengan harga RM35,000. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan ia menerima laporan berhubung dakwaan penjualan pangkalan data mengandungi empat juta maklumat peribadi rakyat Malaysia di sebuah forum pasaran pangkalan data terkenal.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ruslin Jusoh bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Memang ada laporan yang dihantar berkenaan (isu) itu, tetapi saya tidak akan komen apa-apa buat masa ini. Nanti pihak kita akan maklumkan kemudian,” katanya dipetik Sinar Harian.

Laporan

BACA JUGA : ‘P45’ potong double line sebab nak cepat ambil bos ke lapangan terbang

Terdahulu, Lowyat.net melaporkan pangkalan data dipercayai milik JPN dijual di sebuah forum pasaran pangkalan data terkenal.

Pangkalan data JPN itu disertakan tanda harga 0.2 Bitcoin bersamaan RM35,495. Ia dikatakan mengandungi maklumat daripada laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengguna Twitter, Adnan Mohd Shukor dipetik akhbar itu sebagai berkata, pangkalan data terbabit mengandungi maklumat penting seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat dan alamat tetap, nombor telefon bimbit serta alamat e-mel.

BACA JUGA : Rebah depan rumah setelah balik kayuh basikal, lelaki meninggal dunia

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/28/jpn-sahkan-terima-laporan-4-juta-data-warganegara-dijual-lebih-rm35000/

COMMENTS

Wordpress (0)