Gempar !!! Isu jawatan ketua kampung, Pas Johor ingkar titah Sultan?

Pada 23 Mac 2021, DYMM Sultan Johor telah mengingatkan kepada semua pihak bahawa urusan pemilihan ketua kampung adalah di bawah tanggungjawab Pegawai Daerah dan Penghulu, bukan orang politik. Ini bermakna bahawa pemimpin politik termasuk Menteri Besar Johor tidak boleh mencampuri urusan ini.

Kenyataan media PAS Johor mengungkitkan kembali perkara ini seolah-olah cuba untuk menimbulkan kembali polemik pelantikan Ketua Kampung yang mana telah pun diperjelaskan kepada masyarakat. Benarlah kata orang lama, pangkat dan jawatan boleh membutakan hati tidak kira siapa pun dia.

Dalam kenyataan media yang dibuat oleh PAS Johor, terdapat 36 Ketua Kampung telah dilantik. Ini bermakna 36 Ketua Kampung tersebut telah menepati kelayakan untuk mengisi jawatan yang ada. Juga membuktikan bahawa PAS tidak lah tersisih sepertimana yang diperkatakan. Sekiranya tuduhan PAS dipersisihkan, ia bermakna tuduhan itu ditujukan kepada Pegawai Tadbir Negeri Johor dan bukannya pemimpin politik.

Adakah PAS Johor dipergunakan dan siapa dibelakang PAS sebenarnya? Tidak ada sesiapakah yang menasihati PAS Johor untuk menyemak kenyataan dan fakta sebelum mengeluarkan kenyataan media yang melulu dan tidak berasas.

May be an image of 2 people and text that says '"Saya sudah tegaskan dahulu, bahawa urusan pemilihan ketua kampung adalah dibawah tanggungjawab Pegawai Daerah dan Penghulu, bukan orang politik. Saya harap perkara ini dapat dibetulkan," DYMM SULTAN JOHOR 22 Mac 2021 'PAS Johor tidak dipanggil untuk mengadakan perbincangar bagi lantikan KK di seluruh negeri Johor yang menyaksikan bahawa PAS hanya diberikan sebanyak 36 KK yang mewakili hanya 5% KK di seluruh negeri Johor." PAS JOHOR Mei 2021 PAS JOHOR TELAH MENDERHAKA TITAH DYMM SULTAN JOHOR?'

DYMM Sultan Johor sentiasa memikirkan yang terbaik buat rakyatnya termasuk pelantikan ketua-ketua Masyarakat. Tidak mungkin pelantikan ini dipengaruhi oleh lantikan politik kerana Ketua-ketua kampung inilah yang akan melaksanakan segala perancangan yang diaturkan dan menjadi wakil Pejabat-pejabat Daerah seluruh negeri.

Sumber: