Gempar !!! Israel kelam kabut, varian Delta Covid-19 menyerang

Wabak Covid-19 varian Delta Covid-19 di Israel dilaporkan turut menjangkiti beberapa individu yang telah menerima vaksin, lapor akhbar New York Post, kelmarin.

Menurut pegawai kesihatan tempatan, sebahagian daripada kumpulan dijangkiti itu menerima vaksin jenis Pfizer.

Ketua Jawatankuasa Penasihat Covid-19 Israel, Ran Balicer berkata, kira-kira 90 peratus jangkitan baharu di negara ini berkemungkinan disebabkan oleh varian Delta. Kuman itu menular dengan pantas sejak pertama kali muncul di India.

“Penularan varian Delta dalam masyarakat tempatan telah mengubah impak jangkitan Covid-19,” kata Balicer.

varian Delta

Warga Israel memakai pelitup muka di sebuah pusat membeli-belah di Baitulmuqaddis pada 25 Jun lalu.

Kanak-kanak di bawah usia 16 tahun yang kebanyakannya belum mendapat suntikan vaksin merupakan golongan paling ramai dalam jangkitan kes baharu.

Namun begitu, terdapat juga separuh golongan dewasa yang turut dijangkiti varian itu sudah dianggap divaksin sepenuhnya apabila selesai mengambil dos kedua Pfizer, dua minggu lalu.

Tambah beliau, pengesanan kes terbaharu jangkitan varian Delta menunjukkan biarpun vaksin Pfizer berkesan, namun tidak bertindak melindungi sistem imunisasi badan 100 peratus.

Penyebaran varian Delta mula dikesan selepas kes jangkitan harian meningkat menjadi 200 pada Khamis lalu selama hampir 10 hari sepanjang bulan ini.

Meskipun kumpulan dijangkiti kelihatan kecil menurut standard global, pihak berkuasa kesihatan menggesa agar kerajaan kembali menerapkan peraturan memakai pelitup muka di tempat awam.

Di Israel, hanya lima kes Covid-19 serius dilaporkan sejak 10 hari lalu.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/06/28/varian-delta-serang-israel/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=varian-delta-serang-israel

JANGAN TERLEPAS : Moratorium lulus sahaja automatik, tapi kena mohon – PM

COMMENTS

Wordpress (0)