Gempar !!! Israel bom hingga musnah makmal Covid-19 Gaza

Gempar !!! Israel bom hingga musnah makmal Covid-19 Gaza

Pihak berkuasa tempatan berkata, satu-satunya makmal COVID-19 di kawasan Palestin dekat Gaza tidak lagi mampu melakukan saringan apabila premis itu musnah akibat serangan udara Israel di lokasi klinik berkenaan, semalam.

Pegawai berkata, struktur Klinik Al-Rimal, yang terletak di bandar di Semenanjung Gaza itu separa musnah, selain Kementerian Kesihatan wilayah berkenaan dan Pejabat Bulan Sabit Merah Qatar turut terkena serangan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Yousef Abu Al-Rish, berkata kakitangan perubatan di kementerian itu cedera dengan beberapa daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, jurucakap kementerian, Ashraf Qidra, berkata serangan Israel itu ‘mengancam untuk melemahkan usaha kementerian kesihatan menangani pandemik COVID-19’, selain kemusnahan itu ‘menyebabkan ujian saringan di makmal utama dihentikan’.

Pihak berkuasa Gaza melakukan saringan ke atas hampir 1,600 orang setiap hari, sebelum kejadian berbalas serangan antara Hamas dan Israel mencatatkan peningkatan, minggu lalu.

Kadar kes positif adalah antara tertinggi di dunia, iaitu 28 peratus, selain hospital dibanjiri pesakit.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kawasan dengan kepadatan 2 juta penduduk itu, setakat ini sudah menerima 122,000 dos vaksin, selain lebih separuh daripada mereka belum divaksinasi.

WHO berkata, 103,000 kes disahkan positif COVID-19 di Gaza, membabitkan lebih 930 kes kematian

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/05/817899/makmal-covid-19-musnah-akibat-serangan-udara-israel