Gempar !!! Hadi dakwa portal Malaysiakini dikuasai Israel ?

Oleh MHDAILY

Kerugian RM8 bilion di pihak Israel dalam perang terbaru dengan Palestin adalah jumlah yang kecil kepada negara itu kerana mendapat dukungan Zionis antarabangsa.

Bahkan Israel juga disokong bank-bank di Amerika dan Eropah yang membiayainya, namun tetap kalah dari segi ketenteraan, demikian ulas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, gencatan senjata diminta supaya Israel mempunyai peluang untuk membina kekuatan semula, tetapi negara haram itu tidak membenarkan HAMAS berbuat demikian.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Kalau dia (Israel) gencatan senjata boleh bina kekuatan, kita (HAMAS) juga mesti bina kekuatan kita mengikut kemampuan kita,” ujar beliau yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Menjelaskan dari sudut sejarah, tegas beliau, Israel sebenarnya yang bertindak menubuhkan kumpulan-kumpulan pengganas dengan membuat banyak keganasan dan tindakan agresif.

Beliau bersiaran di rancangan Ruang Bicara Khas BERNAMA membicarakan tajuk Malaysia Bersama Palestin: “Perjuangan Tidak Bernoktah, Sokongan Tidak Bermusim” dihoskan Sherkawi Jirim, malam tadi.

Ditanya mengenai peranannya sebagai Duta Khas, jelas Tuan Guru, beliau hanya menyambung tugas telah dilaksanakan sejak sebelum ini lagi menyelesai dan mendamaikan konflik di Timur Tengah.

Usaha sebelum berlaku kebangkitan Arab Spring itu jelasnya, telah dimbil bersama penglibatan Kerajaan Malaysia yang bertemu Negara Islam dan beliau pula bertemu sebahagian lain.

Peranan tersebut telah menyebabkan beliau dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia yang diketuai Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi dan berlangsungan menangani isu-isu berkaitan.

Beliau menyatakan keperluan Malaysia menyokong semua pihak di Palestin dan mengusahakan kesatuan Negara-negara Islam dan Arab dalam banyak aspek secara bersama.

Tuan Guru turut menegaskan kepentingan ekonomi dan teknologi untuk kekuatan umat dan Negara-negara Islam menghadapi ancaman musuh sebagaimana telah dihadapi dari Barat.

Tegas beliau, normalisasi Negara-negara Arab ke atas Israel adalah tindakan salah di mana hakikat sebenar ia ditaja Amerika semata-mata untuk kepentingan Israel yang tidak ikhlas kepada Arab.

Beliau juga tidak menolak pengaruh media hari ini di mana peringatnya banyak negatif yang melalaikan anak muda, oleh itu perlu dibawa mereka kepada kefahaman Islam dengan sebenarnya.

“Israel menguasai media sosial, ini mendukacitakan. Masuk di negara kita. Memainkan peranan yang negatif, yang menimbulkan masalah-masalah provokasi. Saya sebut satu nama, MalaysiaKini, yang lain saya tak mahu sebut nama. Ini peranan dia sangat aktif,” bidasnya.

Sehubungan itu beliau menggalakkan agar kefahaman dan mendapatkan maklumat yang betul dalam memanfaatkan teknologi maklumat dan media sosial mesti diadakan sebaiknya.

Beliau juga tidak menolak serangan siber dilakukan Israel, namun menaruh harapan kepakaran-kepakaran yang ada mampu menangani semua itu dengan jayanya.

Tuan Guru mengingatkan berdasar hadis akhir zaman betapa Israel tidak akan berhenti daripada cita-citanya hingga dapat menawan antara dua lautan iaitulah termasuk Makkah dan Madinah.

Berita penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2021/05/23/israel-tidak-akan-berhenti-termasuk-tawan-makkah-madinah/