Gempar !!! Dunia semakin pelik, haiwan aneh berkaki banyak muncul

Oleh MHDAILY

Dunia semakin pelik, haiwan aneh berkaki banyak muncul . Saintis-saintis di Australia menemui sejenis gonggok yang memiliki lebih banyak kaki berbanding mana-mana haiwan di dunia ini, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Ulat gonggok berwarna pucat itu mempunyai lebih 1,300 kaki pada badannya yang memiliki panjang sekitar 95 milimeter.

Haiwan itu dinamakan Eumillipes Persephone dan ditemui hampir 60 meter di bawah tanah di sebuah kawasan perlombongan di Australia Barat.

Gempar !!! Dunia semakin pelik, haiwan aneh berkaki banyak muncul
GAMBAR menunjukkan ulat gonggok Eumillipes persephone.

Rekod haiwan mempunyai paling banyak kaki sebelum ini dipegang oleh spesies gonggok California dengan 750 kaki.

“Sebelum ini, tiada ulat gonggok yang diketahui mempunyai sebanyak 1,000 kaki,” kata ahli entomologi, Paul Marek selaku penulis utama kajian tersebut yang disiarkan dalam jurnal Scientific Reports.

Nama saintifk, Eumillipes Persephone itu bermaksud ‘1,000 kaki sebenar’.

Seperti kebanyakan haiwan lain yang hidup di dalam tanah, ulat gonggok itu tidak mempunyai mata dan warna. Saintis-saintis percaya ia hidup dengan memakan kulapuk.

Seekor gonggok betina dewasa spesies itu yang dikaji memiliki sebanyak 1,306 kaki dan seekor lagi mempunyai 998 kaki.

Ulat gonggok kali pertama muncul lebih 400 juta tahun lalu. Pada hari ini, terdapat sekitar 13,000 spesies haiwan itu di seluruh dunia.

BACA JUGA : Shafie sahkan kerjasama dengan MUDA, mahu jadi PM
Kambing lama tak mengembek, rupanya dah selamat dalam perut ular sawa