Gempar !!! DUN Sarawak akan dibubar hari ini

Oleh MHDAILY

Adakah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar hari ini bagi memberi laluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12)?

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu The Borneo Post hari ini mendakwa PRN ke-12 akan diadakan pada 27 Nov 2021 seminggu selepas PRN Melaka dan penamaan calon pada 13 November.

Bagaimanapun pemimpin-pimimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dihubungi bagi mengulas perkara itu memaklumkan mereka tidak tahu DUN akan dibubar seperti didakwa.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

DUN Sarawak akan dibubar hari ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Parlimen) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata undang-undang sedia ada membenarkan Yang di-Pertuan Agong selepas berbincang dengan Yang di-Pertua Negeri, memansuhkan Perintah Darurat lebih awal dari jadual asal.

“Apabila Perintah Darurat dimansuhkan, DUN secara automatik bubar. Selepas itu, Perdana Menteri setelah mendapat maklum balas daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong memohon perkenan baginda untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri pada tarikh dipilih,” katanya ketika dihubungi.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri ( Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri Dan Persekutuan Dan Pemantauan Projek) Datuk Sharifah Hasidah juga berkata,

“Kami GPS sudah bersiap sedia dan terserah kepada Yang di- Pertuan Agong untuk memansuhkan Perintah Darurat bagi membolehkan PRN-12 diadakan. PRN-12 boleh diadakan selepas tamatnya Perintah Darurat atau sebelum 2 Feb 2022,” katanya.

Perintah Darurat dikuatkuasakan di Sarawak bagi membendung penulararan COVID-19 sejurus selepas ia ditamatkan di seluruh negara pada Ogos lalu selepas kes COVID-19 merekodkan peningkatan membimbangkan.

Disebabkan itu, Pilihan Raya tidak boleh diadakan meskipun tempoh DUN tamat Jun lalu.

Perintah Darurat di Sarawak dijadual tamat pada 2 Feb 2022 tetapi GPS didakwa mahu mengadakan Pilihan Raya sebelum hujung tahun ini bagi mengelak pelaksanaan Undi18, mengurangkan umur boleh mengundi dari 21 ke 18 tahun.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadakan kunjungan rasmi ke Sarawak pada hujung minggu ini. Bagaimanapun agenda lawatan beliau masih belum dimaklumkan kepada media.

BACA JUGA : Anggota bomba terkorban dalam misi menyelamat di Melaka