Gempar !!! Deretan lebih 10 kereta Honda Accord baru tiba di Wisma Darul Aman

Hari ini negara dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama Rmdrazak Jaksrmd. Beliau telah memuat naik video dan beberapa keping gambar kereta Honda Accord dengan nombor pendaftaran bermula dengan huruf “K” yang digunakan di negeri Kedah.

Deretan kereta Honda Accord baharu yang dipercayai dibeli oleh kerajaan negeri Kedah kerana berdasarkan kepada nombor pendaftaran dan lokasi kereta tersebut diletakkan adalah di dalam kawasan Wisma Darul Aman.

Adakah sekali lagi Sanusi menggunakan kedudukannya sebagai MB Kedah untuk “memborong” kereta-kereta Honda Accord baharu yang dianggarkan bernilai sekitar RM180,000.00 untuk sebuah kereta? Mengikut video yang dimuat naik, dianggarkan deretan kereta Honda baharu melebihi 10 buah kereta itu bernilai mencecah jutaan ringgit.

“Wow, hebatnya…Dikala keadaan ekonomi Rakyat tengah meruncing…Kereta baru nampaknya…Oops, dah lama order…Baru je sampai…” ujar Rmdrazak Jaksrmd

Kepada siapa kereta Honda tersebut dibeli? Atas sebab mendesak apa sehingga perlu dibeli kereta-kereta baharu tersebut? Adakah cara begini sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam, disaat rakyat bergelut dengan masalah ekonomi, kerajaan pimpinan Sanusi berbelanja mewah?

Beerita penuh : https://negarakini.com/video-gempar-kereta-honda-baharu-tiba-di-wisma-darul-aman/