Gempar !!! Covid-19 dikatakan boleh berjangkit melalui kentut, ini penjelasan doktor pakar

Oleh MHDAILY

Covid-19 boleh berjangkit melalui kentut.

Bunyinya lucu, namun ia menjadi topik hangat khususnya di luar negara baru-baru ini.

Mengulas mengenainya, Pakar Perunding Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose berkata, keadaan itu adalah logik berdasarkan virus Covid-19 memang ditemui dalam najis manusia.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Menurutnya, ia menyebabkan gas yang keluar daripada kentut juga berisiko mengandungi virus maut berkenaan.

Katanya, virus sama juga merebak melalui gas pernafasan yang keluar dari paru-paru pesakit yang positif Covid-19.

“Namun, sebenarnya risiko jangkitan merebak daripada kentut adalah amat rendah kerana terdapat lapisan perlindungan berupa seluar dalam dan seluar yang dipakai.

“Saya menerima pertanyaan bagi isu yang kedengaran agak lucu tetapi ini membabitkan persoalan yang serius.

“Kesimpulannya, pengamalan prosedur operasi standard (SOP) adalah langkah terbaik untuk mencegah jangkitan kerana sentiasa ada tapisan di dalam pernafasan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan pakar Pusat Kawalan Penyakit di Beijing, China yang memberikan pandangan bahawa risiko teramat rendah melainkan kentut dihidu dari jarak dekat dari seseorang yang tidak memakai seluar.

Selain itu, pendedahan seorang doktor dari Australia mengenai virus yang tersebar melalui kentut mengejutkan banyak pihak.

Malah, beberapa orang doktor sebelum ini memberi amaran bahawa kentut mempunyai zarah kotoran kecil yang boleh menyebarkan bakteria dan menjadi punca jangkitan.

Dr Alzamani berkata, kesimpulannya, ia sebab mengapa semua orang perlu harus memakai pelitup muka dengan sempurna.

“Nasihat saya, patuhilah SOP, pakai pelitup muka dan elakkan berada di kawasan ramai orang.

“Jika kita lihat kepada trend terbaru, Covid-19 turut menjangkiti orang muda, jadi kita kena lebih berjaga-jaga,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/06/718973/risiko-jangkitan-covid-19-melalui-kentut-amat-rendah