Gempar !!! Calon SPM,STPM positif Covid-19 dan dikuarantin tidak dibenarkan ambil peperiksaan – KP Pelajaran

Gempar !!! Calon SPM,STPM positif Covid-19 dan dikuarantin tidak dibenarkan ambil peperiksaan – KP Pelajaran

Calon peperiksaan awam termasuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) yang dijangkiti Covid-19 atau dikuarantin tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Sebaliknya Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim berkata, mereka hanya akan dibenarkan menduduki peperiksaan selepas disahkan bebas dari pandemik atau tamat tempoh kuarantin.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) jelas beliau hanya membenarkan pelajar dalam kategori berkenaan meneruskan peperiksaan bagi mata pelajaran yang sedang berlangsung pada tempoh disahkan bebas Covid-19 atau tidak lagi dikuarantin.

Bagi kertas peperiksaan yang tertinggal, KPM akan menentukan satu tarikh lain bagi pelajar itu.

“Bagi calon kita yang telah mendaftar contohnya SPM 2020 maka mereka boleh mengambil jika mereka sihat tapi katakanlah mereka terkesan dan positif Covid-19 dan mereka dikuarantin maka dalam keadaan tersebut, dalam tempoh itu mereka tidak boleh menduduki peperiksaan tapi kertas peperiksaan lebih 14 hari.

“Biasanya, kuarantin tempoh tersebut sedangkan tempoh peperiksaan lebih panjang maka bila mereka sihat mereka boleh mengikuti kertas-kertas lain yang masih berlangsung dan kementerian akan aturkan sesi yang lain bagi mereka mengambil bagi kertas yang tertinggal,” katanya menerusi sidang media menerusi atas talian hari ini.

Menurut Habibah, surat status kesihatan daripada pihak hospital terlebih dahulu perlu diberikan kepada pihak sekolah sebagai bukti sebelum kebenaran pelepasan menduduki peperiksaan awam diberikan.

Justeru ujar Habibah, pelajar tidak boleh sewenangnya memilih untuk tidak menduduki peperiksaan tanpa sebab yang kukuh.

“Tapi ini waulaupun kementerian telah memikirkan dan merancang untuk melaksanakannya, calon tidak bolehlah memilih untuk menduduki peperiksaan kali pertama atau ambil lagi satu. Ia cuma pertimbangan atau alternatif bagi calon yang tidak dapat mengambil peperiksaan sebab dikuarantin atau positif,” jelasnya.

KPM akan kata beliau, akan menyediakan set kertas soalan yang berbeza untuk calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan bagi mengelak sebarang kebocoran soalan.

“Kita ada set yang lain tetapi kita perlulah memastikan bahawa standardnya adalah sama itu yang paling penting. Kertasnya tidak akan sama dengan yang tidak menduduki peperiksaan dalam tempoh sepatutnya,” jelas beliau.

Selain itu ujarnya, KPM hanya membenarkan calon peperiksaan awam yang tidak boleh hadir ke sekolah proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka atas alasan yang kukuh dan bukti.

Katanya, ini kerana KPM amat menggalakkan pelajar calon peperiksaan awam untuk hadir ke sekolah menyertai proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka agar tiada yang ketinggalan.

Justeru kerana kepentingan untuk pelajar calon peperiksaan awam hadir ke sekolah maka pihak kementerian mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Itu sebabnya kita mendapatkan kebenaran daripada KKM dan MKN, kerana betapa pentingnya murid dapat hadir ke sekolah dengan SOP garis panduan kita sediakan.

“Jika ada sebab-sebab terntentu murid tidak dapat hadir mungkin imuniti rendah, perlu ada surat kebenaran hospital atau doktor, dari ibu bapa. Maka pihak sekolah mengambilnkira

“Murid yang telah mendaftar walapun tidak hadir waktu pengajaran dan pembelajaran masih boleh mengambil peperiksaan dengan syarat mereka sihat,” tambahnya.

KPM sebelum ini menetapkan tarikh peperiksaan SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ke 22 Februari 2021.

STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021.-MalaysiaGazette

COMMENTS

Wordpress (0)