Gempar!!! Bocor rakaman video pemimpin Umno beri penjelasan kepada akar umbi untuk siap sedia terima Dap

Gempar!!! Bocor rakaman video pemimpin Umno beri penjelasan kepada akar umbi untuk siap sedia terima Dap

Satu rakaman audio mula tular di media sosial dipercayai suara salah seorang pemimpin Umno di Kelantan. Rakaman itu dikatakan dibuat dalam satu taklimat kepada pemimpin dan ahli Umno Kuala Krai, Kelantan mengenai kedudukan politik terkini.

Pada permulaan rakaman tersebut mendakwa, Umno dianiaya oleh Bersatu dan Pas di Kelantan. Umno juga dikatakan tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri jika bersendirian dalam pilihan raya akan datang. Kedudukan MCA dan MIC yang jelas ditolak oleh kaum mereka sendiri menyebabkan kekuatan Barisan Nasional juga tidak menentu.

Penipuan dan penindasan oleh Bersatu dan Pas terhadap Umno menyebabkan kekecewaan yang teramat sangat oleh pemimpin parti itu di peringkat pusat. Ini termasuklah isu moratorium pinjaman dan KWSP yang dibentangkan di dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini.

Individu di dalam rakaman tersebut cuba mengajak audien dipercayai penyokong-penyokong Umno untuk bermuhasabah dan memikirkan masa depan Umno jika terus mengadakan kerjasama dengan Bersatu dan Pas. Dakwanya lagi, Umno akan semakin hari semakin kecil dan mungkin pupus.

Di akhir rakaman, individu berkenaan cuba untuk meyakinkan ahli Umno supaya menerima kerjasama dengan PKR dan DAP. Isu pembahagian kerusi yang dikatakan lebih memihak kepada Umno turut dijadikan hujah untuk menguatkan agenda berkenaan.

Ahli Umno juga diminta bersedia dan tidak terkejut sekiranya kerjasama antara Umno dengan DAP dan PKR benar-benar terjalin dalam masa terdekat. Apa yang pasti, menurut beliau lagi, usia kerajaan Perikatan Nasional sememangnya sudah berada di penghujung.

Berita penuh : https://infonegarakini.com/gempar-pn-bakal-tumbang-umno-mula-pujuk-akar-umbi-terima-dap/

COMMENTS

Wordpress (0)