Gempar !!! Blogger Umno dedah Warisan akan sertai Perikatan Nasional

Zaharin Mohd Yasin blogger terkemuka Umno hari ini memuat naik satu status yang bersifat spekulasi yang mendakwa Warisan menyokong Kerajaan Perikatan Nasional. Ini sekaligus memberi sokongan sejumlah 8 ahli parlimen kepada Muhyiddin sebagai PM.

Dalam status tersebut Zaharin menulis “Berita terkini.Warisan sertai Perikatan Nasional. Kerajaan PN tidak tumbang.”

Usaha untuk menghubungi pihak Warisan untuk pengesahan masih berlaku dan tiada pengesahan rasmi setakat ini.

Terkini pemimpin Warisan Dato’ Mohd Azis Bin Jamman mengulas “Kenyataan yang tersebar bahawa WARISAN sertai Perikatan Nasional adalah PALSU”

Berita lanjut menyusul

Sumber :