Blogger dedah pertemuan di rumah Muhyiddin malam tadi.
MENGINTIP PERTEMUAN DI JALAN SETIABUDI 6 MALAM TADI
Malam tadi telah bertemu dan berhimpunan para pemimpin kanan parti-parti komponen PN di rumah Mahiaddin Yassin di Jalan Setiabudi 6, Damansara. Pertemuan digelar ekoran kenyataan Zahid Hamidi Umno menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.
Antara pemuka dan pemimpin yang hadir adalah Azmin Ali, Ismail Sabri Yaakob, Mejah Zainuddin, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ridwan Yusuf, Rina Harun, yang “itam-itam” itu. Turut hadir juga abang kepada Azhar Azizan Harun, Idrus Harun.
Apabila kehadiran melibatkan Peguam Negara bermakna perjumpaan itu bukan bernuansa politik, tetapi kerajaan juga. Melainkan Idrus sudah dilantik menjadi penasihat undang-undang Bersatu, maka pertemuan itu pure politik.
Tetapi dengan masih menjabatan jabatan Peguam Negara, tindakan itu salah.
Pertemuan itu berlangsung selama 4 jam, demikian lapor yang mengira detik. Tentu banyak perkara yang dibincang dalam jangka masa itu. Tidak ada kenyataan akhbar dibuat selepas pertemuan itu masing-masing pulang untuk tidur, tetapi tentulah tidur tidak lena kerana diganggu peristiwa siang tadi.
Ismail Sabri dilaporkan ke Pan Pacific Hotel untuk bertemu dengan beberapa ahli parlimen Umno yang “menderhaka” kepada parti.
Apakah agaknya yang dibincang di Jalan Setiabudi 6 itu? Apakah merancang dan atur strategi untuk pertahankan Mahiaddin? Atau pun merangka satu formula untuk disembahkan kepada Agong. Ataupun mencapai kata sepakat untuk serahkan jawatan PM kepada Ismail Sabri?
Saya rasa untuk Mahiaddin letak jawatan tidak semudah itu, walaupun itulah sepatutnya pilihan utama. Kalau Mahiaddin enggan letak jawatan kerana dengar nasihat dan pandangan, satu kesilapan dan mereka memberi nasihat agar beliau terus kekal, adalah orang yang sengaja mahu menganiaya perdana menteri tidak cukup nombor itu. Orang menasihati demikian lebih memikirkan kepentingannya daripada kebaikan buat Mahiaddin.
Dan kalau ada melepaskan jawatan itu kepada Ismail Sabri Yaakob apakah Ismail Sabri cukup kuat untuk memikulnya. Jangan dengan melepaskan kepada Ismail Sabri ia menambah beratkan keadaan.
Dan sekiranya ada formula diserahkan kepada Agong, apakah ia merupakan cadangan agar Agong menggantung parlimen. Serahkan kepada Agong atas budibicara baginda untuk membentuk kerajaan (pentadbiran) bagi mengurus negara.
Niat dan naiwatu mereka satu sahaja, memastikan PM tidak diberikan kepada Anwar Ibrahim.
Itulah tiga perkara pokok yang dirasakan dibincang malam tadi. Bagaimana pun dalam keadaan sekarang ini Mahiaddin dituntut membuat pilihan segera tidak boleh menangguhkannya kerana ia dalam keadaan sangat terdesak lebih-lebih lagi negara.
Sumber :