Gempar !!! Berita bahasa cina RTM gelar Hamas sebagai pengganas?

Gempar !!! Berita bahasa cina RTM gelar Hamas sebagai pengganas?

Berita berbahasa Cina RTM menggelar Hamas Pengganas!

RTM mesti mohon maaf dan menarik balik kenyataan ini. Hamas bukan pengganas malah adalah pejuang yang bermatian mempertahankan tanahair dan saudara mereka yang dijarah penjajah Zionis Isr.ael sejak berabad lamanya.

Adakah RTM juga adalah sebahagian dari Zionis yang menabur propaganda jahat terhadap pejuang yang mempertahankan tanahair mereka?

Atau editor bahagian berita Cina cuba sabotaj RTM di sini? Siasatan rapi mesti dibuat dan pihak bertanggungjawab mesti tampil memohon maaf dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Di saat umat Islam dan dunia seluruhnya menabur simpati, bagaimana sebuah stesen milik kerajaan boleh menyiarkan berita sebegini jahat terhadap Hamas.

Tidak bolehkah kita berfikir sejenak; bagaimana mungkin apabila rumah kita dirompak, ibu dan ayah kita dibunuh, kemudian kita yang memperjuangkan hak pemilikan rumah tersebut dilabel pengganas dan yang merompak memaksa semua ahli taman supaya mengiktiraf penjajahan dan pencabulan mereka.

Sumber :