Gempar !!! ‘Belon Api’ dari Palestin didakwa berjaya tembusi sistem pertahanan canggih Israel

Israel mendakwa diserang lebih banyak ‘belon api’ selepas tentera mereka menyerang Gaza, semalam.

AFP melaporkan, serangan udara rejim zionis itu yang pertama selepas Israel dan pejuang Hamas mengumumkan gencatan senjata pada 21 Mei lalu selepas pertempuran selama 11.

Ia juga adalah serangan pertama selepas Naftali Bennett mengambil alih pemerintahan Israel, baru-baru ini.

Jurucakap bomba Israel berkata, pihaknya memadamkan empat kebakaran berpunca daripada belon api yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza yang memasuki hari kedua berturut-turut.

Ketegangan terbaru itu selepas rejim zionis membenarkan perarakan nasionalis di Kota Lama Baitulmaqdis, meskipun mendapat bantahan daripada pejuang Hamas.

Susulan itu, belon api diterbangkan di wilayah dikuasai Israel.

Awal pagi semalam Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza selepas mendakwa ia tindak balas terhadap tindakan kumpulan Islam di wilayah itu menghantar belon api ke wilayah mereka.

Menurut sumber Palestin, tentera udara Israel menyasarkan sekurang-kurangnya satu lokasi di timur bandar Gaza iaitu selatan Khan Younes.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/06/718944/lagi-belon-api-diterbangkan-dari-gaza

COMMENTS

Wordpress (0)