Asyraf dedah pemimpin Umno mula berubah sikap sejak masuk kerajaan PN

Oleh MHDAILY

Asyraf dedah pemimpin Umno mula berubah sikap sejak masuk kerajaan PN.

“Realitinya Perdana Menteri dan kerajaan (Perikatan Nasional) masih popular di kalangan rakyat akar umbi,” demikian kata-kata seorang pimpinan UMNO yang berjawatan tinggi dalam kerajaan hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak menyangka pemimpin kerajaan tidak sedar realiti dan hakikat yang sedang dialami negara sehingga mencetuskan persepsi buruk rakyat terhadap pemerintah.

Asyraf menyatakan rasa sedih dan kecewanya dengan perubahan sikap seorang pemimpin UMNO berjawatan tinggi dalam kerajaan yang seolah-olah tidak lagi menyokong kepemimpinan parti itu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

asyraf

Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu menyatakan, beliau berdiskusi dengan pemimpin itu pagi ini, tetapi telah diingat dan dinasihatkan agar tidak percaya dengan sentimen kebencian rakyat kepada kerajaan PN di media sosial.

“Kecewa betul pagi ini bila berdiskusi dengan seorang pimpinan UMNO sendiri yang berjawatan tinggi dalam kerajaan hari ini, katanya “Asyraf, jangan terlalu percaya dengan sentimen di media sosial sebab naratifnya dah dikawal oleh DAP-PH.

“Realitinya Perdana Menteri dan kerajaan masih popular di kalangan rakyat akar umbi”. Dalam hati saya, cubalah baca setiap komen di posting saya akan rintihan dan keluhan rakyat yang kesempitan adalah ‘real’!

“Betul ke atau saya yang tertipu? Soal Asyraf.

Dalam pada itu beliau turut membangkitkan perjuangan Pemuda UMNO iaitu konsisten membangkitkan isu moratorium dan i-Sinar untuk ditambah baik bukan saja-saja. Tetapi realitinya rakyat di bawah amat susah, tertekan dan terdesak.

“Begitu juga realitinya rakyat tidak tuntut moratorium jika mereka tidak dalam keadaan tertekan dan terdesak. Bahkan ikut statistik polis, kebanyakan kes-kes bunuh sepanjang PKP disebabkan tekanan kewangan termasuklah hutang pinjaman bank.

“Saya bagi contoh mereka yang status M40 yang bekerja di bandar. Ramai yang hilang pekerjaan, atau tidak dapat keluar berniaga sebagaimana biasa, namun komitmen bulanan tetap kena bayar. Malah komitmen kumpulan ini kadangkala jauh lebih besar daripada golongan B40, bak kata pepatah ‘Besar Periuk besarlah Keraknya’,” ujar beliau.

Justeru, kata Asyraf fahamilah bahawa keluhan dan rintihan rakyat di bawah hari ini adalah benar bukan sekadar retorik atau sandiwara persepsi yang cuba dimainkan oleh segelintir pihak yang sudah ‘mati rasa’

Berita Penuh : https://suara.tv/06/07/2021/dapat-jawatan-tinggi-dalam-kerajaan-jadikan-pemimpin-mati-rasa-tak-percaya-perit-hidup-rakyat-asyraf-wajdi/

BACA JUGA : Gempar !!! Umno tinggal satu ‘step’ lagi sebelum keluar kerajaan PN