Gempar !!! Apa motif Menteri Kewangan lantik Rani CEO baru KTMB ?

Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB), memberi amaran kemungkinan berlaku “pertikaian berpanjangan” dengan CEO KTMB baharu, Mohd Rani Hisham Samsuddin.

KTMB semalam mengumumkan Rani sebagai CEO baharu, menggantikan Kamarulzaman Zainal walaupun kontraknya hanya tamat Okt depan.

Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan menyifatkan pelantikan Rani sebagai tidak berdasarkan “kelayakan atau prestasi kerja” yang diperlukan oleh organisasi seperti KTMB.

“Jangan salahkan kesatuan jika Encik Mohd Rani (yang) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, maka (ia) akan terwujudnya pertikaian berpanjangan,” kata Razak di Facebook.

Menurut Razak, Rani pernah menyandang jawatan CEO KTMB pada 2017 hingga 2019 namun gagal membawa sebarang pembaharuan kepada KTMB.

Malah hubungan antara beliau dan KPPKTMB tegang kerana beberapa isu ketika itu.

Razak melahirkan rasa kesal dengan tindakan Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan pelantikan Rani, meskipun dibantah KPPKTMB.

“Perlantikan ini bukan berdasarkan kelayakkan yang diperlukan oleh organisasi KTMB. Ianya dilantik atas kepentingan kumpulan tertentu yang KPPKTMB gelarkan ‘mafia’.

“Sungguh menyedihkan apabila MOF terperangkap oleh kumpulan tertentu tanpa memikirkan masa depan pekerja dan KTMB malah memberi kesan negatif kepada rakyat dan negara,” kata beliau.

“MOF tidak mendengar keluhan daripada kesatuan, seolah-olah MOF mempunyai sifat ‘hidung tinggi,’ kata Razak.

Razak berkata pihaknya terpaksa menerima perlantikan Rani dalam keadaan “paksa rela”.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/01/pekerja-ktm-bantah-perlantikan-rani-sebagai-ceo-baru/