Gempar!!! Annuar dedah surat Zahid bertarikh ’11 Oktober 2020′

Oleh MHDAILY

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Annuar, ini merupakan pertama kali surat bertarikh 11 Oktober itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.

Beliau juga menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak dan surat ini adalah tulen.

“Dalam surat ini antara perkara-perkara yang disebut ialah menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menukar perdana menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media khas berikutan pengguguran jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/annuar-musa-dedah-surat-sokongan-pemimpin-umno-kepada-anwar-ibrahim-276334