Gempar !!! Ahli Umno buat laporan Polis terhadap Zahid

Gempar !!! Ahli Umno buat laporan Polis terhadap Zahid

Ahli Umno buat laporan Polis terhadap Zahid. Satu laporan polis dibuat terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi oleh seorang individu berkait pengakuan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tentang suaranya dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Individu itu yang merupakan seorang ahli UMNO ketika dihubungi Utusan Online hari ini memaklumkan laporan polis dibuatnya kira-kira pukul 11 pagi tadi di Ibu pejabat Polis (IPD) Nilai.

“Ya, laporan polis telah dibuat kira-kira pukul 11 pagi tadi. Ia berhubung pengakuan Presiden UMNO tentang suaranya yang tular serta pendedahan percakapan beliau bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya.

Tambah individu itu, laporan yang dibuatnya itu bertujuan meminta polis menyiasat kenyataan Ahmad Zahid yang menafikan penglibatannya dirinya dalam audio yang tular tersebut.

“Kenyataannya itu telah menimbulkan kekeliruan kepada ahli UMNO seperti saya dan membuatkan saya rasa tertipu dengan beliau.

“Laporan polis ini juga dibuat untuk meminta polis menyiasat sama ada Ahmad Zahir telah melakukan penipuan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan melakukan kesalahan dengan keterlibatan dalam konspirasi menjatuhkan Kerajaan Malaysia yang menganggu-gugat keamanan rakyat Malaysia,” katanya.

Berita penuh : https://suara.tv/07/07/2021/mengaku-audio-perbualan-bersama-anwar-tulen-ahli-umno-buat-laporan-polis-terhadap-presiden-umno/

Paling Terkini: Nikah Online : Beri keadilan dan ruang untuk saya