Gempar !!! 4 kegagalan utama PN, Menteri dan kabinet perlu letak jawatan

Oleh MHDAILY

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim hari ini menyenaraikan empat sebab mengapa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya perlu letak jawatan.

Menurut Hassan, Muhyiddin dan barisan menteri perlu berundur kerana gagal menangani penularan wabak Covid-19, keadaan ekonomi yang semakin merudum, isu tadbir urus dan kepimpinan serta pengisytiharan darurat yang tidak wajar.

Menyentuh peningkatan jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat walaupun dengan perintah kawalan pergerakan (PKP), Hassan berkata jumlah kes semalam, iaitu 5,725 kes yang merupakan angka tertinggi, jelas menunjukkan kegagalan Muhyiddin.

Baca Artikel Penuh