Gempar !!! 31 anggota polis terlibat Macau Scam dan judi dalam talian, kata KPN

Gempar !!! 31 anggota polis terlibat Macau Scam dan judi dalam talian, kata KPN

Seramai 31 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian bakal berdepan hukuman berat tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata proses bagi menjatuhkan hukuman ke atas mereka telah dibawa ke pihak Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan seterusnya.

Dia berkata mereka sebelum ini disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam didalangi Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong atau Alvin Goh.

Addy Kanna dan Alvin Goh

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah melengkapkan siasatan dan diserahkan kepada SPP yang dipengerusikan Yang Berhormat Menteri (Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin) sendiri.

“Ini kerana kesalahan itu kami anggap sesuatu yang amat serius atas kepentingan orang ramai. Jadi saya sebagai Ketua Polis Negara telah mengambil tindakan dengan membawanya ke peringkat atasan untuk diadili sebaik mungkin,” katanya.

Abdul Hamid berkata demikian pada sidang media Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli PDRM Siri 1/2020 di Lapang Sasar Utama, Briged Utara PGA, Hulu Kinta, kira-kira 30 minit dari Ipoh, hari ini.

Berita penuh :https://www.malaysiakini.com/news/564773