Gempar !!! 3 hari ‘lockdown’, kluster tempat kerja adalah paling tinggi direkodkan

Gempar !!! 3 hari ‘lockdown’, kluster tempat kerja adalah paling tinggi direkodkan

Sebanyak 43 daripada 73 kluster baharu iaitu 59 peratus kluster tempat kerja dikesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tempoh tiga hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Hari ini sahaja 19 daripada 24 kluster baharu datang dari kategori kluster tempat kerja dengan tertinggi lima kluster direkodkan di Selangor, Johor (4), Kelantan (3) manakala Pulau Pinang dua kluster tempat kerja.

Masing-masing satu kluster sama dikesan di Sarawak, Sabah, Perak, Pahang dan Putrajaya.

Daripada 19 kluster terbabit, Kluster Tapak Bina Persiaran Bukit Raja di Klang merekodkan jangkitan Covid-19 tertinggi iaitu 97 orang.

Kluster yang dikenalpasti hasil saringan bersasar melibatkan pekerja-pekerja tapak pembinaan di Persiaran Bukit Raja Kayangan di Kawasan Perindustrian Bandar Bukit Raja 2 di Kapar itu juga menyaksikan jumlah saringan terbanyak iaitu seramai 291 individu.

Kluster tempat kerja kedua tertinggi mencatatkan kes Covid-19 ialah Kluster Jalan Tembaga Kuning di Perak.

Seramai 74 daripada 228 pekerja kilang di Jalan Tembaga Kuning, Kawasan Perindustrian Kamunting Raya, Larut, Matang dan Selama yang disaring disahkan positif hari ini.

Selain kluster tempat kerja, empat lagi merupakan kluster komuniti iaitu Kluster Sungai Selangan di Sarawak, Kluster Jalan Cendana (Johor), Kluster Kampung Mat Daling dan Kluster Batu Hitam masing-masing di Pahang.

Satu lagi kluster pendidikan lain, Kluster Jalan Damai Budi di Kuala Lumpur direkodkan KKM hari ini.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/59-kluster-tempat-kerja-untuk-3-hari-pertama-pkp-3-0/