Gelagat adik viral bergelak ketawa kira duit kutipan dirakam netizen

Gelagat adik viral bergelak ketawa kira duit kutipan dirakam netizen. Baru-baru ini tular video akan seorang kanak-kanak dipercayai warga Rohingya yang dikatakan berkelakuan biadap ketika meminta sedekah terhadap pengguna jalan raya.

Difahamkan, budak lelaki tersebut menuding jari serta mengetuk cermin kereta agar memberinya wang.

Tengah seronok kira duit?

Bagaimanapun, gelagat kanak-kanak yang digelar β€˜Long Tiger Junior’ itu sekali lagi terakam warganet ketika sedang sibuk mengira duit.

BACA JUGA :Β Setelah kecoh di media sosial, kerajaan akhirnya tanggung kos kuarantin jemaah umrah

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @arshad.khan memaparkan budak lelaki berkenaan sedang duduk di laluan jalan kaki bersama seorang kanak-kanak perempuan.

@arshad.khan90074 Skrn dia tk kachu lagi dh dpt gaji #viral #video #account ♬ original sound – Arshad Khan

Dalam video tersebut dapat dilihat kedua-duanya sedang sibuk mengira duit sambil dilihat orang yang lalui lalang di kawasan tersebut.

Malah, mereka juga dilihat sempat bergurau senda dan bergelak ketawa bersama-sama.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen berkenaan. Ada yang bersimpati malah ada juga yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan.

Jangan bagi muka, kena kawal

Masa budak-budak la kena ajar

Seronok kira duit

Sedih tengok adik ni

BACA JUGA :Β Ada lagi kes ambulans ditahan kerana bagi laluan kepada VIP

Artikel ini disiarkan pada 05/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)