Gatal tangan, pak guard conteng mata pada lukisan RM 3.5 juta dipecat, Satu lukisan yang bernilai £740,000 (RM3.5 juta) yang dipamerkan di sebuah galeri di Rusia dilaporkan telah rosak selepas seorang pengawal keselamatan ‘mengubah suai’ potret pada lukisan itu kerana terlalu ‘bosan’ pada hari pertamanya bertugas.
Memetik laporan Daily Mail, pengawal keselamatan itu telah melukis mata dengan menggunakan pen pada lukisan tidak berwajah yang dinamakan sebagai ‘Three Figures’.
Difahamkan, ia merupakan hasil karya dari Anna Leporskaya (1932-1934) dan dipamerkan semasa pameran seni abstrak di Pusat Yeltsin di bandar Yekaterinburg, barat Rusia.
Pusat Yeltsin dalam satu kenyataan berkata bahawa pengawal keselamatan yang dipercayai berusia 60 tahun itu bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan swasta.
Kelainan pada lukisan itu disedari oleh dua orang pengunjung yang merasakan bahawa ada ‘butiran’ tambahan pada dua daripada tiga tokoh lukisan tersebut.
Sementara itu, pengawal keselamatan yang tidak didedahkan identitinya dilaporkan telah dipecat.
Polis juga telah membuka kertas siasatan atas tuduhan vandalisme dan pengawal tersebut boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun.
Lukisan itu dihantar ke galeri Moscow pada keesokan harinya dan sedang dibaiki. Ia dilaporkan boleh dibaiki semula tanpa sebarang kerosakan jangka panjang dengan kos dianggarkan berjumlah £2,470 (RM11,805).
Kos itu telah dibayar oleh syarikat tempat pengawal keselamatan tersebut bekerja sebagai ganti rugi.
BACA JUGA :
Campur 3 bahan ini, ‘confirm’ ular dan tikus tak masuk rumah
Kucing jiran calarkan kereta, owner Mustang tuntut gantirugi RM12,737
Terbukti Myvi paling ganas dalam Malaysia, Mercedes C200 selamber je kena potong 172kmh