Gatal tangan baca mesej di telefon bimbit suami, wanita dipenjara

Oleh MHDAILY

Gatal tangan baca mesej di telefon bimbit suami, wanita dipenjara. Seorang wanita diperintahkan mahkamah untuk membayar wang pampasan berjumlah 8,100 dirham UAE (RM9,326) kepada suaminya selepas didapati bersalah mengintip perbualan peribadi lelaki berkenaan, lapor akhbar Khaleej Times baru-baru ini.

Wanita tersebut yang merupakan seorang isteri kedua turut bersalah kerana berkongsi perbualan peribadi antara suaminya dan isteri pertamanya dengan anak perempuan lelaki itu.

Perbuatan tersebut seterusnya membawa kepada perbalahan antara suaminya dengan isteri pertamanya, sekali gus menyebabkan mereka bercerai.

Baca Artikel Penuh