Gara-gara tak jaga hati perasaan orang single jadi punca pemuda ini membebel, tapi kefasihan berbahasa melayu pula jadi tumpuan

Gara-gara tak jaga hati perasaan orang single jadi punca pemuda ini membebel, tapi kefasihan berbahasa melayu pula jadi tumpuan.

Kaum India dan Cina juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua utama dalam kehidupan seharian mereka.

Pun begitu, mereka mempunyai cara dan slang sedikit lain apabila bertutur Bahasa Melayu.

Gara-gara tak jaga hati perasaan orang single jadi punca pemuda ini membebel, tapi kefasihan berbahasa melayu pula jadi tumpuan

Senang cerita, setiap kaum ada slang mereka tersendiri yang menjadikan kita mudah untuk mengenali mereka.

Namun, lain pula dengan seorang pemuda India ini yang fasih berbahasa Melayu membuat videonya membebel di dalam kereta telah mencuri tumpuan ramai.

Bebel sampai keluar perkataan “Ya Allah”, ramai kagum dengar slang Melayu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @muniswaranharirama, kelihatan pemuda India yang dikenali sebagai Tambi Mamat Insurance AIA itu meluahkan perasaannya semasa pergi ke pasar.

Menurutnya, dia rasa kecewa dan sedih apabila melihat sepasang suami isteri bermesra-mesraan di depannya semasa membeli ikan.

@muniswaranhariramaPasrah,kecewa,kecundang,sedih senang cite semua lh 😭♬ original sound – Tambi Mamat Insurance AIA

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia bertutur dalam Bahasa Melayu dengan sangat fasih sehingga ada yang ingat dia orang Melayu. Malah, dia siap menyebut “Ya Allah” seperti sudah terbiasa borak seperti itu.

Image from @muniswaranharirama (TikTok)

“Dia sebut Ya Allah dengan jelas membuatkan aku scroll most of his video to confirm, haha” – Netizen

Ikutan tularnya video itu yang kini telah mencecah 504.5K views, 34.8K likes dan 2.4K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut mendengar slang Bahasa Melayu pemuda tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

BACA:

Wanita dedah apa maksud ‘special ingredient’ menurut pengusaha kedai makan dan hotel, hati-hati gais ada influencer kena!

Lelaki ini menang saman isteri, dah kenapa pula saman isteri sendiri? Rupanya ini yang jadi