Gara-gara risau kekasih tak angkat call sampai sekali lain pula jadi dengan boyfriend lepas keluar cari sampai admit hospital

Oleh MHDAILY

Gara-gara risau kekasih tak angkat call sampai sekali lain pula jadi dengan boyfriend lepas keluar cari sampai admit hospital.

Gara-gara terlalu risaukan teman wanita yang ‘tidur mati’ selama lebih 14 jam selepas makan ubat,

seorang lelaki terbabit kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke rumah kekasihnya itu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Gara-gara risau kekasih tak angkat call sampai sekali lain pula jadi dengan boyfriend lepas keluar cari sampai admit hospital

Afiqah Yusof berkongsi kisah tersebut di Twitter, menceritakan bahawa segalanya bermula apabila teman lelakinya

Dia cuba menghubunginya banyak kali namun tiada sebarang respons diterima membuatkan pemuda itu nekad untuk keluar dan memeriksa keadaannya di rumah.

Bagaimanapun kekasihnya, Habri al-Hadi terbabit kemalangan dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Shah Alam, Selangor akibat kecederaan di bahagian muka, tangan dan kaki.

Habri dimasukkan ke hospital disebabkan kemalangan itu. (Gambar hiasan)

“Bayangkan kau makan sleeping pill sebab insomnia lepas tu kau knocked out (tidur) 14 jam. Bangun tidur terus baca mesej daripada boyfriend banyak nak ma**p*s untuk kejutkan awak. Jadi kau call dia tiba-tiba dia tengah dalam ambulans sebab accident, tengah lalok dan tak ingat kau girlfriend dia.

“Tak pernah dalam hidup aku deal dengan sesiapa yang kemalangan motosikal. Adik beradik aku memang dilarang naik motor. Aku dah la masih tak stabil kesan daripada ubat tidur tu. Lepas tu dapat tahu kekasih terlibat kemalangan? Sumpah trauma ya. Cuak nak tidur dah. Bertambah insomnia aku,” katanya dalam ciapan asal.

Ketika dihubungi mStar, wanita itu memberitahu Habri patah dua batang gigi dan menerima beberapa jahitan pada dahi serta dagu selain tangan, lutut dan kakinya dibalut.

Lebih parah lagi apabila lelaki ini hilang ingatan seketika sehingga terlupa bahawa Afiqah adalah teman wanitanya.

“Dia jawab panggilan aku pun in a drunk state, lepas tu tanya you’re Afiqah Yusof ke? Nama penuh?! Lepas tu masa adik dia beritahu dia aku girlfriend dia, dia tanya what? Really? Ingat ni drama siaran TV3 ke nak lupa aku siapa?!

“Nasib baik dia lupa beberapa jam je. Takut gila. Aku dah siap meratapi gambar-gambar lama, ingatkan jadi macam The Vow kena flashback balik kenangan-kenangan kami yang lama nak bagi dia ingat. Okaylah hikmah kemalangan kira bukti pasangan aku ada otak sebab dia mengalami brain concussion,” ujarnya berseloroh.

Yang bagi tidur macam akan bangun masa hari ‘kebangkitan’ tu Clonazepam sajalah. Tak tahu tidur ke pengsan.

Dalam hantaran tular itu juga, Afiqah sempat menceritakan mengenai masalah sukar tidur yang dialaminya sehingga dia tidak sedar walaupun dikejutkan beberapa kali menerusi panggilan telefon selepas makan ubat.

Jelas Afiqah, dia terpaksa mengambil ubat-ubatan tersebut untuk tidur nyenyak dan tidak mengalami sebarang mimpi kerana mennghidapi post-traumatic stress disorder (PTSD) yang disahkan oleh doktor.

“Untuk yang tanya sleeping pills apa saya ambil, ia adalah Clonazepam. Diberikan kepada saya oleh pakar psikiatri. Clonazepam ni lebih kepada penenang tak silap untuk yang ada masalah panik. Lepas tu boleh tidur mati. Lepas bangun tu dah tak tahu dekat planet mana dan tarikh bila.

Tangkap layar mesej dihantar Habri kepada Afiqah yang tidak dibalas.

“Kalau untuk tidur sahaja (insomnia), doktor bagi saya Lorazepam. Diazepam pun pernah tapi tak berfungsi. Yang bagi tidur macam akan bangun masa hari ‘kebangkitan’ tu Clonazepam sajalah. Tak tahu tidur ke pengsan.

“Kenapa saya lebih sarankan Clonazepam berbanding Benzodiazepines lain adalah sebab ubat tu sangat kuat untuk saya di mana saya akan tidur dan tak ada mimpi. Ubat tidur lain juga tapi masih ada mimpi. Saya ada masalah PTSD jadi selalu ada flashbacks and asyik mimpi akan trauma sebelum ni. Jadi saya lebih memilih untuk tidur mati.

“Saya akan melakukan apa sahaja untuk mengelakkan imbasan kejadian. Ada beberapa hari lebih teruk daripada hari jadi lain saya pilih pil mana yang perlu diambil berdasarkan keadaan saya pada masa itu,’ ujarnya lagi.

BACA:

Kes Azan di Penang penduduk capai kata sepakat, Mufti keluar arahan tiada halangan Azan, pencetus perbalahan tetap tak puas hati?

Kecoh kes kalimah Allah? Ini sebenarnya yang berlaku ramai nak tahu