Gara-gara pakat ‘Stay at home’, bekalan darah negara berkurang

Gara-gara pakat ‘Stay at home’, bekalan darah negara berkurang.

Stok darah semakin berkurangan berikutan penurunan bilangan penderma yang tampil dan menyaksikan pengurangan kutipan bekalan amat ketara di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes Covid-19 sejak 31 Mei sehingga 25 Julai lalu juga memperlihatkan kekurangan stok semasa.

gara-gara

“Antara faktor penurunan itu ialah kebimbangan masyarakat dan penderma terhadap isu keselamatan sepanjang proses pendermaan,” kata beliau menerusi kenyataan di sini hari ini.

Pembatalan kempen secara bergerak oleh penganjur ujarnya, turut menyumbang trend kejatuhan dan situasi itu amat membimbangkan kerana boleh menjejaskan keupayaan perawatan.

Setiap minggu, purata darah yang diperlukan untuk kegunaan pesakit di seluruh negara ialah 14,000 beg termasuk sehingga 4,000 beg disasarkan Pusat Darah Negara (PDN) di ibu kota.

Bekalan di pusat itu akan juga dihantar kepada kebanyakan hospital di Lembah Klang untuk para pesakit kecemasan yang mengalami pendarahan di luar jangka seperti kes kemalangan.

Stok itu juga jelas Dr. Noor Hisham, penting bagi membantu pesakit komplikasi semasa bersalin, bayi pramatang, talassemia, kanser, buah pinggang dan pembedahan kritikal yang kompleks.

“Tambahan pula sejak kebelakangan ini terdapat ramai pesakit Covid-19 terutama yang ada sejarah latar belakang penyakit kronik turut memerlukan segera transfusi darah,” jelas beliau.

Bagaimanapun, jumlah dikutip pula adalah berkurangan di bawah sasaran sepatutnya dengan beliau memberi contoh minggu epidemiologi 29 pada bulan lalu cuma memperoleh 9,096 beg.

Justeru, kementerian menerusi PDN dan semua lebih 100 buah tabung darah di negara ini tegasnya, sentiasa mengutamakan keselamatan penderma, penganjur kempen dan petugas.

Proses pendermaan juga, Dr. kata Noor Hisham, berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berdasarkan garis panduan dikemas kini selari peraturan antarabangsa, antaranya semua pihak termasuk petugas adalah sihat selain penderma tiada bergejala dan bukan kontak rapat pesakit Covid-19 dalam masa 14 hari sahaja yang boleh menderma darah.

“Selain itu, meja pendaftaran, peralatan pendermaan, katil dan bola genggam juga dibersihkan secara berterusan oleh petugas untuk mengekang penularan jangkitan wabak,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat segera tampil menderma di PDN, cawangannya dan mana-mana tabung darah atau kempen bergerak bagi memastikan bekalan mencukupi.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam PDN di talian 03-26132657/2658/2776/2777 atau e-mel terus kepada [email protected] selain melayari laman sesawang rasmi www.pdn.gov.my atau akaun sosial Facebook PDN berkaitan waktu operasi, lokasi kempen bergerak dan perkembangan berkaitan.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/08/stok-darah-kurang-masyarakat-dirayu-usah-bimbang-derma-darah-ketika-wabak-covid-19/

BACA JUGA : Presiden tak arah pindah tempat duduk, kata Annuar Musa