Gara-gara leka main telefon, habis 3 kereta remuk dilanggar

Gara-gara leka main telefon, habis 3 kereta remuk dilanggar. Kebelakangan ini sering kali kita dengar banyak kes-kes kemalangan yang terjadi

Kereta yang berlanggar sesama sendiri akibat hilang kawalan atau penumpang itu sendiri yang melanggar kenderaan lain.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan tragedi berlaku di sebuah parkir kereta di deretan lot kedai telah meraih tumpuan ramai.

Gara-gara leka main telefon, habis 3 kereta remuk dilanggar

Tiga buah kereta remuk dan hancur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aleng446 di TikTok, kelihatan seorang individu berkongsi sebuah video di mana tiga buah kereta kelihatan telah hancur dan remuk seperti dilanggar oleh kenderaan berat.

Kerosakan yang dipaparkan amat teruk sehingga belakang bonet kereta itu dilihat hancur sehingga tidak nampak rupa asalnya, menyebabkan ramai yang duduk di kawasan kejadian untuk mengetahui hal sebenar.

Difahamkan, kejadian berkenaan terjadi akibat kecuaian bermain telefon menyebabkan pemandu itu melanggar semua kereta yang diparkir.

“Kalau aku ni nangis dah, dah lah kereta satu tu je nak guna pergi sana sini” – Netizen

@aleng446♬ Orang Ketiga Entah Siapa Yang Salah – Andra Respati & Gisma Wandira


Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.8M views, 15.6K likes dan 496 comments di TikTok.

Image from @aleng446 (TikTok)

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mempersoalkan kebenaran terjadinya tragedi ini dan bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa kereta berkenaan.

Image from @aleng446 (TikTok)

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @aleng446 (TikTok)

BACA: 

“Isteri ustaz datang malam-malam buta nak lamar aku jadi madu, mula-mula abah tak setuju, tiba-tiba terima rupanya ini sebabnya”

“Kalau isu pengurusan tak selesai, bagilah duit banyak macam manapun, takkan selesai masalah air Kelantan” – Menteri