Gara – Gara ketam muka Aaisyah bengkak dan kemerahan, Che Ta tak tahu

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Pelakon Rozita Che Wan, atau lebih mesra dipanggil Che Ta, berkongsi pengalaman anak perempuannya,

Aaisyah Dhia Rana, yang mengalami alahan selepas menikmati hidangan ketam.

Menurut Che Ta, 50, dia sama sekali tidak mengetahui bahawa Aaisyah mempunyai alahan terhadap makanan laut tersebut.

“Baru tahu yang Aaisyah tak boleh makan ketam. Habis bengkak muka dia. Lepas makan terus naik,” katanya menerusi akaun TikTok pada Selasa.

Che Ta turut memuat naik video memaparkan wajah Aaisyah yang bengkak dan kemerahan selepas makan ketam,

Gara - rara ketam muka Aaisyah bengkak dan kemerahan, Che Ta tak tahu

menyebabkan ramai netizen bimbang akan keadaannya. Dalam video tersebut, Aaisyah yang berusia 10 tahun kelihatan menahan sakit akibat alahan itu.

Che Ta sempat berseloroh mengenai kejadian tersebut, mengatakan:
“Jadi lepas ini lega Mummy tak payah beli ketam.”

Netizen Luah Kebimbangan
Rata-rata netizen meluahkan kebimbangan terhadap keadaan Aaisyah dan menyarankan agar dia segera mendapatkan rawatan perubatan.

Antara komen mereka:

“Kalau jadi macam ini kena cepat-cepat pergi klinik. Sebab boleh sekat saluran darah.”

“Kena buat pemeriksaan darah, takut dia ada alahan lain juga.”

“Kesian dia, lepas ini kena sedia ubat alahan. Takut berulang.”

Tentang Keluarga Che Ta

Aaisyah Dhia Rana adalah anak hasil perkongsian hidup Rozita Che Wan bersama suaminya, Zain Saidin.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.

Semoga Aaisyah cepat sembuh dan keluarga Che Ta lebih berhati-hati dalam memilih makanan selepas ini.

BACA: ‘Bergaduh macam budak2, pergi je la court selesaikan’ Michael Ang sekolahkan Jofliam dan Cik Epal?