Gara-gara iPhone terjatuh dalam empangan, pegawai kerajaan pam keluar 2 juta air empangan untuk ambil telefon

Gara-gara iPhone terjatuh dalam empangan, pegawai kerajaan pam keluar 2 juta air empangan untuk ambil telefon.

SEORANG pegawai kerajaan di negeri Chhattisgarh bertindak ‘di luar kotak’ apabila mengarahkan air sebuah empangan dialir keluar

Tujuannya bagi mendapatkan semula telefon bimbitnya yang terjatuh ketika dia merakam swafoto.

Gara-gara iPhone terjatuh dalam empangan, pegawai kerajaan pam keluar 2 juta air empangan untuk ambil telefon

Rajesh Vishwas ketika itu sedang berjalan-jalan di Empangan Kherkatta sambil mengambil gambar.

Tanpa diduga, telefon bimbitnya berharga sekitar 99,077 rupee (RM5,521) terjatuh ke dalam empangan berkenaan yang berkedalaman 15 kaki.

Menurut laporan, Rajesh menggunakan dua pam diesel 30hp selama tiga hari berturut-turut untuk mengalirkan dua juta liter air empangan berkenaan bagi mendapatkan telefon bimbitnya.

Telefon bimbit itu berjaya ditemui semula selepas tiga hari namun ia gagal berfungsi.

Rajesh berkata dia sudah memaklumkan mengenai tindakannya kepada pihak atasan dan mendapat kebenaran berbuat demikian.

Dilaporkan, dia terpaksa mendapatkan telefon bimbit itu semula kerana peranti itu menyimpan data rasmi jabatannya.

Rajesh digantung kerja sehingga siasatan mengenai perkara itu selesai.

BACA:

Ini bakal terjadi pada kad pengenalan jika warga Sarawak langgar pantang lahirkan anak di Semenanjung

Mahal gila! Terkini harga Yamaha 125ZR cecah RM112,000!