Gara-gara gagal buat loan nak beli tiket konsert Coldplay, pemuda ini nekad jual motor demi tiket paling mahal

Gara-gara gagal buat loan nak beli tiket konsert Coldplay, pemuda ini nekad jual motor demi tiket paling mahal.

SEORANG pemuda sanggup menjual barang berharganya demi menonton konsert kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay.

Tindakan lelaki berkenaan di Indonesia itu menjadi perhatian ramai.

Gara-gara gagal buat loan nak beli tiket konsert Coldplay, pemuda ini nekad jual motor demi tiket paling mahal

Pemuda tersebut menjual barang-barang miliknya demi membeli tiket berharga 11 juta Rupiah (RM3,338).

Sejak kebelakangan ini, konsert Coldplay menjadi bualan ramai.

Kumpulan Coldplay bakal mengadakan konsert siri jelajahnya dengan penganjuran di Jakarta, pada 15 November depan.

Pemuda bernama Danar nekad menjual barang-barang peribadinya untuk membeli tiket konsert yang paling mahal.

“Jual peti sejuk sampai jadi. Sebab mahu beli tiket Coldplay,” kata Danar menerusi WhatsApp Storynya pada Isnin.

Pada asalnya dia cuba untuk membuat pinjaman peribadi, tetapi gagal.

Namun kerana mahu mendapatkan wang dengan segera, Danar menjual beberapa barang seperti telefon bimbit dan motosikal.

BACA: Kes Azan di Penang penduduk capai kata sepakat, Mufti keluar arahan tiada halangan Azan, pencetus perbalahan tetap tak puas hati?

“Lamaran aku ditolak bekas isteri dengan ketawa, aku tersentap malu, diam-diam adik ipar dedah cerita sebenar”