Gara-gara ada unsur pornografi, aplikasi TikTok di India diharamkan.
Sebelum ini, beberapa wilayah di India telah mengharamkan permainan video terkenal PlayerUnknown’s Battleground (PUBG)
Ini kerana menimbulkan masalah sosial dalam kalangan remaja.
Baru-baru ini, kerajaan India telah meminta Google dan Apple menarik aplikasi sunting dan perkongsian video pendek, TikTok dari senarai muat turun Google Play Store dan Apple Store untuk pengguna di India atas arahan mahkamah tempatan.
Penarikan itu disebabkan mungkin menggalakkan pornografi serta berisiko merosakkan masa hadapan dan pemikiran dalam kalangan pengguna terutama golongan remaja di negara itu.
Sementara itu, Tiktok telah diharamkan di negara jirannya, Bangladesh dan di Amerika Syarikat aplikasi ini dikenakan denda kerana mengumpul maklumat secara tidak sah daripada kanak-kanak.
Tiktok kini mempunyai lebih daripada 120 juta pengguna aktif di India, telah berusaha untuk menutupnya selepas mahkamah tinggi di Chennai menyeru larangan pada 3 April lalu.
Bagaimanapun, aplikasi sunting video itu masih boleh digunakan oleh mereka yang telah memuat turunnya pada telefon pintar mereka.
Cadangan pengharaman itu diusul oleh peguam kanan yang berpangkalan di Madurai, Muthu Kumar namun belum dapat dipastikan langkah sekatan itu kekal atau bersifat sementara.
Di Malaysia, penggunaanya semakin meningkat dan ditrendkan dalam program nyanyian seperti Big Stage.
BACA:
Boleh hidup 30 tahun tanpa makanan, ini makhluk paling kebal di bumi yang ramai tak tahu