Gantung kanak-kanak 2 tahun dan rakam, lelaki dipenjara 52 tahun

Seorang lelaki di Nebraska, Amerika Syarikat, dijatuhi hukuman penjara 52 tahun selepas menggantung anak perempuan teman wanitanya dan merakam perbuatan gilanya itu.

David J Coleman, 38, dijatuhkan hukuman itu, Selasa lalu, atas kesalahan melakukan penderaan terhadap mangsa yang berusia dua tahun.

Dia juga dituduh atas cubaan membunuh, namun rayuannya diterima dan ia ditukar menjadi kesalahan penderaan.

Gantung kanak-kanak 2 tahun dan rakam, lelaki dipenjara 52 tahun

Tindakan kejamnya itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan serius.

“Ini adalah satu perbuatan yang sangat zalim,” kata Hakim Daerah Kaunti Douglas, Duane Dougherty.

Dalam penghakimannya juga, Hakim berkata, sesuatu yang kejam apabila bertindak sedemikian terhadap kanak-kanak pada usia seperti itu.

Kejadian berlaku pada 14 Disember tahun lalu apabila tertuduh merakam perbuatannya yang melilit kain pada leher kanak-kanak berkenaan.

Kejadian itu berlaku pada dua waktu berbeza, namun mangsa terselamat.

Polis hanya dimaklumkan kejadian selepas beberapa hari kemudian apabila ibu mangsa menemui video kejadian berkenaan dalam telefon bimbit tertuduh.

Dalam video itu, Coleman menggantung kanak-kanak malang itu pada almari pakaian, dan ia diulang beberapa kali sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

“Lelaki itu juga dirakam menarik kasar kanak-kanak itu dan melepaskan ikatan kain bagi membolehkan mangsa bernafas.

“Mangsa kemudian menangis, namun dia sekali lagi digantung,” kata Polis Ohama Detektif Alexis Boults.

Polis berkata, kejadian itu berlaku kira-kira lima minit.

Video kedua pula menyaksikan mangsa yang berada di dalam tempat duduk kanak-kanak sebelum diikat menggunakan kain merah jambu.

“Wajah mangsa kelihatan pucat akibat tindakan itu,” kata Boults.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/09/754118/gantung-budak-perempuan-dan-rakam

BACA JUGA : Rangkaian 5G di Malaysia dimonopoli, pengguna bakal tanggung akibat