Ganti host Melodi, Nabila Huda iri hati dengan Ain Edruce?

Ganti host Melodi, Nabila Huda iri hati dengan Ain Edruce? Meskipun hanya setahun bergelar hos program Melodi, pelakon dan pengacara, Nabila Huda mendedahkan dirinya tidak berasa hati apabila posisinya itu digantikan rakan selebriti, Ain Edruce.

Menurut Nabila, dia menghormati keputusan pihak pengurusan dan percaya Ain mampu memberikan yang terbaik sepanjang mengacarakan program tersebut.

“Bila Ain diumumkan sebagai hos, saya okay sahaja. Lagipun, saya memang baik dengan Ain dan tiada masalah dengan dia. Ain memang seorang pengacara. Jadi, saya tahu dia boleh menyerlah untuk mengacarakan program Melodi kerana dia memang hos professional.

“Saya tiada rasa apa-apapun. Bila kontrak saya tamat, pihak Melodi pun beritahu tentang perancangan mereka. Ain pun ada menghubungi saya untuk bertanyakan selok belok menjadi hos Melodi.

“Dia juga sangat teruja dapat peluang seperti ini. Saya cakap dekat dia, selagi usia masih muda dan rezeki itu ada, buat je,” katanya kepada MH.

Ganti host Melodi, Nabila Huda iri hati dengan Ain Edruce?

Baca Artikel Penuh