Gandingan Ismail dan Muhyiddin mampu pulihkan negara – Hadi

Gandingan Ismail dan Muhyiddin mampu pulihkan negara. Pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) sebagai suatu kesinambungan tugasan yang telah dimulakan bekas perdana menteri itu, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, ia bersesuaian dengan pengalaman Muhyiddin dalam menangani pandemik Covid-19.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

“Semoga gandingan beliau bersama YAB perdana menteri mengharapkan segala usaha dan perancangan memulihkan negara berjalan lancar, demi menjamin kelangsungan hidup dan kestabilan ekonomi rakyat,” katanya di Facebook.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengumumkan Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi MPN.

Gandingan

Zuki berkata, jawatan itu bertaraf menteri, dengan keputusan melantik Muhyiddin dibuat oleh Jemaah Menteri pada mesyuarat Rabu lalu.

Pelantikan itu juga telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Zuki yang juga setiausaha Jemaah Menteri berkata, pelantikan itu dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

MPN ditubuhkan Julai lalu bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19.

Ia dianggotai wakil sektor swasta, pakar industri, dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman serta nasihat dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar daripada pandemik secara sistematik dan selamat.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/05/pelantikan-muhyiddin-kesinambungan-tugas-dimulakan-beliau-kata-pas/

BACA: Panas !!! Varian Mu kini merebak ke 39 negara, ini apa yang anda perlu tahu..