Gambaran Al Quran mengenai ‘Masuk Pintu Belakang’

Muhyiddin

Masuk pintu belakang adat jahiliyah

Ketika tilawah rutin, saya melewati satu ayat yang menarik, simbolik dan sangat ‘meaning’ dalam surah al-Baqarah:

(۞ یَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡأَهِلَّةِۖ قُلۡ هِیَ مَوَ ٰ⁠قِیتُ لِلنَّاسِ وَٱلۡحَجِّۗ وَلَیۡسَ ٱلۡبِرُّ بِأَن تَأۡتُوا۟ ٱلۡبُیُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَـٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَأۡتُوا۟ ٱلۡبُیُوتَ مِنۡ أَبۡوَ ٰ⁠بِهَاۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ)

“Mereka bertanyamu (Muhammad) tentang anak bulan. Beritahulah mereka bahawa anak bulan itu adalah petunjuk waktu (urusan) manusia (seperti urusan) ibadat haji. Dan bukanlah satu kebaikan dengan memasuki rumah dari pintu belakang, tetapi kebaikan itu adalah (perbuatan) orang yang bertakwa. Masuklah ke rumah melalui pintu (utama/depan) dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu beroleh kejayaan” [Surah Al-Baqarah 189]

Jelas, perbuatan masuk melalui pintu-pintu lain selain pintu depan sesebuah rumah itu menyalahi adat dan adab manusia normal. Ia adalah amalan jahiliyah zaman dahulu kononnya orang yang berihram haji tidak boleh memasuki rumah melalui pintu depan.

Allah s.w.t. memerintahkan kita masuk ke rumah (dan memasuki semua premis) melalui pintu yang betul iaitu pintu depan. Hikmahnya mudah difahami, iaitu pintu depan adalah pintu yang diraikan semua orang. Orang tak akan pandang serong dan ber’soksek’ lagi di belakang kerana kemasukan itu jelas, sopan, menghormati tuan rumah, bertamadun dan paling penting sekali, ikut sistem dan peraturan.

Allah s.w.t. juga menjanjikan kejayaan bagi orang yang memasuki rumah melalui pintu depan. Secara mafhum mukhalafahnya, gerombolan pintu belakang akan menemui kegagalan, sama ada cepat atau lambat.

Daripada petunjuk ini, usahlah anda wahai umat Islam percaya kepada mereka yang tidak jujur menerang agama Allah s.w.t. Mereka menormalisasikan apa yang Allah s.w.t. haramkan sedangkan mereka mendabik dada mereka sebagai pejuang Islam.

Kembalilah kepada al-Quran, ia menjanjikan pedoman sepanjang jalan. صدق الله العظيم

Abu Mishkat

Sumber :

Baca Juga : Panas !!! Selepas jumpa PM, pemimpin Bersatu serah kepada Agong tentukan pemimpin negara