Gajah ‘sondol’ cermin dapur curi makanan buat penduduk panik

Gajah ‘sondol’ cermin dapur curi makanan buat penduduk panik

Gajah ‘sondol’ cermin dapur curi makanan buat penduduk panik. Bukan sekali, malah dia kali penyelia ladang dikejutkan dengan kemunculan seekor gajah dewasa jantan di rumahnya, di Felda Aring 8, di sini, pada Ahad dan Rabu lalu.

Kedua-dua kejadian berlaku kira-kira 4 pagi, yang mana dalam kejadian pertama Rabu lalu, haiwan itu memecahkan tingkap dapur dan merosakkan makanan yang berada di atas sinki dapur.

Sementara Ahad lalu, gajah terbabit muncul kembali mengambil beberapa makanan seperti garam, minyak dan mi segera yang berada di kawasan sinki terbabit.

Gajah 'sondol' cermin dapur curi makanan buat penduduk panik

Mohd Khairul Faiza Muhammad Din, 30, berkata selama enam tahun pekerja di ladang itu, Rabu lalu adalah kejadian pertama gajah menyerang rumah pekerja ladang.

“Sekitar jam 4 pagi saya terdengar bunyi kaca pecah di bahagian dapur. Saya bersama tiga lagi rakan terkejut apabila melihat cermin tingkap di bahagian sinki sudah pecah dan belalai gajah dewasa berada di dalam rumah.

“Gajah terbabit memasukkan belalai melalui cermin yang pecah dan merosakkan semua benda yang berada berhampiran sinki.

“Antara makanan yang diambil adalah barang-barang makanan seperti garam, mi segera, kicap dan minyak,” katanya.

Menurut Mohd Khairul Faiza, dia sudah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Katanya, belum sempat mereka menggantikan cermin rosak, gajah terbabit kembali datang merosakkan barang dan mengambil makanan.

“Ini bukan kali pertama saya melihat gajah kerana haiwan liar ini selalu berkeliaran di dalam ladang dan merosakkan pokok kelapa sawit yang ditanam.

“Namun apabila haiwan liar ini mula muncul dan merosakkan barang dan makanan, kami mulai risau mengenai keselamatan,” katanya.

BACA JUGA :

140 Ketua Bahagian UMNO sepakat tolak jawatan Presiden, timbalan tidak dipertandingkan

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Butik terkenal kantoi letak kamera dalam fitting room

CATEGORIES