Gagal patuhi SOP, wanita dari Vietnam ini didenda RM350

Oleh MHDAILY

Seorang wanita Vietnam yang telah mengahwini lelaki tempatan tetapi ditahan 11 hari untuk memastikan kesahihan dokumen perjalanannya, didenda RM350 di Mahkamah Majistret kerana gagal mematuhi peraturan perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Tran Thi Thoai Trinh, 25, melakukan kesalahan itu di satu restoran makanan laut di Jalan Sungai Putus apabila gagal merekodkan butiran serta mengimbas suhu badannya sebelum memasuki premis itu pada 13 Mac lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 yang membawa hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan.

Denda itu dijelaskan suaminya Yeoh Wei Chong.

Tran dibawa ke mahkamah dari lokap polis di Banting.

Ketika rayuan bagi meringankan hukumannya, peguam bela V Vemal Arasan berkata tempoh penahanan reman 11 hari dilalui Tran sudah cukup menjadi hukuman, seterusnya beliau meminta anak guamnya cuma dikenakan denda.

“Penahanan dikenakan terhadap seorang ibu yang mempunyai anak berusia dua tahun sebenarnya tidak perlu,” katanya dengan menambah polis tidak menawarkannya kompaun sebaliknya memilih untuk mendakwanya di mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Ermadie Asmadi menggesa mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya sebagai pengajaran untuk orang lain.

Susulan itu, Mamistret Amirul Asyraf Abdul Rashid menjatuhi hukuman denda RM350 selain mengarahkan polis memulangkan pasportnya.

Pada awal prosoding, Vemal meminta mengarahkan gari pada tangan Tran dibuka memandangkan kes itu adalah satu saman.

Asyraf kemudian mengarahkan Ermadie meminta polis melucutkan gari berkenaan sebelum tuduhan dibacakan.

FMT sebelum ini melaporkan seorang majistret membenarkan permohonan reman oleh polis Klang Utara selama 14 hari terhadap Tran mengikut Akta Imigresen untuk mengesahkan dokumennya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/23/gagal-patuhi-sop-covid-19-wanita-vietnam-didenda-rm350/