Gagal dihubungi anak, rupa bapa sudah meninggal dalam rumah seorang diri

Gagal dihubungi anak, rupa bapa sudah meninggal dalam rumah seorang diri.

Seorang warga emas yang gagal dihubungi oleh anaknya, ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah di Jalan Timur 20, Taman Timur, Skudai di sini semalam.

Mangsa, Lim Ah Huat, 65, yang tinggal seorang diri sebelum itu cuba dihubungi anaknya yang berada di Singapura berkali-kali, namun gagal.

Ini membuatkan anaknya itu meminta bantuan rakan untuk melihat keadaan bapanya.

Ketika rakannya sampai ke tempat kejadian, dia mendapati rumah dalam keadaan berkunci manakala panggilan tidak bersahut menyebabkannya menghubungi pihak bomba untuk membuka pintu berkenaan.

Gagal

Seorang warga emas yang gagal dihubungi oleh anaknya, ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Johor yang menerima panggilan kecemasan mangsa terperangkap pada pukul 5.39 petang terus ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Inggai Anak Bakau berkata, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dengan kekuatan lapan anggota digerakkan.

“Setibanya di rumah berkenaan mendapati pintu gril dalam keadaan berkunci dan terdapat seorang mangsa lelaki tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik, juga berkunci.

“Tindakan operasi adalah dengan membuka pintu tersebut menggunakan peralatan Paratech Tools bagi mengeluarkan mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Inggai berkata, operasi melibatkan pasukan bomba ditamatkan pada pukul 7.47 malam selepas mayat diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya.

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/bapa-gagal-dihubungi-ditemukan-meninggal-dunia-dalam-rumah/

jika terlepas: Raja Thailand ampunkan 200,000 banduan sempena hari kelahiran