Gadis umur 15 tahun terpaksa balik dalam bogel selepas dirogol lima lelaki

Gadis umur 15 tahun terpaksa balik dalam bogel selepas dirogol lima lelaki

Gadis umur 15 tahun terpaksa balik dalam bogel selepas dirogol lima lelaki. Seorang gadis dipercayai menjadi mangsa rompak sebelum dirogol oleh sekumpulan lelaki. Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa terpaksa berjalan kaki selama 2 kilometer dalam keadaan berbogel untuk pulang ke rumahnya.

Insiden tidak berperikemanusiaan yang menimpa remaja perempuan berusia 15 tahun itu dipercayai berlaku pada 15 September lalu di Uttar Pradesh, Moradabad, India.

Menurut Polis Modarabad iaitu Sandeep Kumar Meena, mangsa dipercayai dirompak dan dirogol ketika menghadiri majlis keramaian di salah sebuah kampung berdekatan rumahnya. Mangsa kemudian diculik oleh lima orang lelaki sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

Gadis umur 15 tahun terpaksa balik dalam bogel selepas dirogol lima lelaki

Orang kampung mendengar jeritan mangsa dan bergegas ke tempat kejadian, namun kelima-lima suspek berjaya melarikan diri dengan membawa baju serta barang-barang mangsa.

Lebih mengecewakan apabila orang awam yang melihat keadaan mangsa langsung tidak membantu sebaliknya merakam video dan menyebarkan di media sosial.

Sementara menurut bapa saudara mangsa, gadis itu pulang dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah. Tambahnya lagi, laporan polis telah dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

BACA:

Reaksi anjing kesayangan Ratu Elizabeth II bila tahu tuannya dah tiada jadi tular

Wanita kahwin dengan bekas abang ipar, netizen syak sesuatu lepas tengok gambar lama

CATEGORIES