Gadis Rungsing Ibu ‘Reject’ Bakal Menantu Hanya Kerana Kereta Myvi

Seorang wanita telah meluah perasaan mengenai sikap ibunya yang meletakkan syarat agar bakal suaminya nanti membeli sebuah kereta sebelum mereka berkahwin.

Namun, apa yang menjadi kekesalan wanita itu adalah ibunya tidak bersetuju jika bakal suaminya

itu ingin membeli kereta jenis Myvi kerana menganggap kenderaan itu hanya layak dimiliki oleh seorang pelajar.

Gadis Rungsing Ibu ‘Reject’ Bakal Menantu Hanya Kerana Kereta Myvi

Kata wanita itu, dia berasa kecil hati dengan sikap ibunya itu yang memandang rendah terhadap usaha bakal suaminya serta memandang rendah terhadap kereta keluaran tempatan.

Dia nak beli Perodua Myvi. Lepas tu saya pun beritahu mak tentang hal itu. Tapi respons mak saya macam, dia kata Myvi ni kereta untuk studnet, tak ada kelas, tak jaga imej kalau pakai Myvi.

Yang nak kahwin tu saya, bukan mak. Jadi kereta apa pun saya okey saja. Cuma mak saya ada cakap kat saya suruh ikut cakap dia, kalau tak, menyesal.

Wanita itu difahamkan berkongsi mengenai pendapatnya itu di Twitter @twtmalaywedding bagi bertanyakan pendapat mengenai apa yang dia harus lakukan bagi mengatasi perkara itu.

Image

Image

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap ibu wanita itu apatah lagi menyentuh soal pembelian kereta popular negara, Myvi itu.

Kata netizen, lebih baik ukur baju di badan sendiri kerana hidup berumah tangga memerlukan modal yang banyak dan ibu bapa sepatutnya menyenangkan urusan anak masing-masing untuk berkahwin.

Ukur baju kat badan sendiri sis, bukan ikut badan mak awak. Yang nak bayar bulanan nanti bakal suami awak ya, bukannya mak awak nak bagi duit. – netizen

Antara komen menarik netizen Malaysia,

twitter twt wedding

Dik, I Gaji 5k + Allowance 1k Sebulan Dengan Komitmen Cuma Rumah Sewa, Ibu Ayah, Bil Telefon Dan Wifi Pun Pakai Saga Je Dik. Biarlah Orang Nak Kata Apa, Asalkan Kita Ada Financial Freedom. Tak Perlu Nak Ikut Orang, Lepas Tu Awak Dan Pasangan Sesak Hujung Bulan

Kekadang Tak Faham Dengan Mak Mak Ni. Yang Nak Kawin Kita, Kita La Lebih Tahu Apa Kita Perlu/Nak. Ye Faham, Dorang Makan “Garam Lebih” Dari Kita, Tapi Macam Tak Make Sense Langsung. Ok La Dorang Nak Terbaik Utk Kita, But Kita Sendiri Lagi La Nak Yg Terbaik Utk Diri Sendiri.

Kalau Kau Mmg Nak Laki Tu, Kau Buat Keras Je. Mak Kau Mmg Tak Bijak Sbb Dahulukan Lialibiliti Drp Aset Dan Kau Jgn Ikut Tak Bijak Mcm Mak Kau. Tak Semua Benda Kita Kena Ikut Ckp Parent, Adakalanya Kau Kena Berkeras Kalau Tahu Benda Tu Salah.

Aku Bukannya Nak Kau Jd Anak Derhaka But Dlm Konteks Ni Kau Sendiri Nampakkan Apa Yg Mak Kau Carik. HARTA. Dah Dpt Betis Pastu Nak Peha. Dah Kata Nak Myvi Pastu Byk Songeh Nak Up Up Up Lg. Kalau Nak Puas Kan Hati Mak Kau, Sampai Bila Bila Takkan Ada Kepuasan Tu.

Beli Je Myvi. Kita Yang Nak Bayar . Nanti Lepas Kahwin Lagi Banyak Nak Pakai Duit. Btw Myvi Ada Stock Sekarang. Meh La Beli Dengan Saya, Saya Pun Tgh Kumpul Duit Kahwin

To Me La Kan… At Least Ada Motor Pun Dah Okay. Kereta Apa Bukan Ukuran Kaya. Kwn I Jenis Berduit Duduk Flat(Dh Habis Byr) Sama Dgn I Tapi Jenis Nak Makan Apa Takdehal. Vacation Almost Setiap Bulan. Makan Burger&Lobster (Sekali Makan 2 Org Rm400) Tu Pun Tkde Hal

I Pernah Jumpa Cik Camni Time Jual Kereta. Makcik Ni Cita Anak Dia Nk Beli Myvi Je, Tapi Makcik Tu Ckp Beli La Kete Elok Sikit. Yaris Ke Takpa Dia Support Sikit. Tapi Downpayment Nak Letak RM3K. Lahh Kesian Tau Anak Dia Nak Kena Bayar Monthly Tinggi Beb. Kerja Contract Gaji Hmm.

For Me, I Choose Comfortable Home Compared To Car. I Pakai Kereta Bezza For Family Car, Tp Duduk Kt Apartment With 1116sqft With Access To Necessities Like Supermarkets, Pasar Basah, Farmasi, Fast Food Restaurants And Etc.

Just Nak Cakap Myvi Ni Jimat Minyak. Testimoni Real Dari Aku. Ignore Je Mak Ko Tu. Bukan Dia Yang Bayar Monthly. Bukan Dia Yang Tanggung Ko Lepasni. Kalau Stended Mmg Jimat. Kalau Mekap Up Rim, Masuk Piping Baru La Makan Minyak Sikit. Yang Penting Roadtax Insurance Murah.

Hi Sis. Just Nak Share Abg I Dulu Dgn Wife Dia Pakai Myvi Wife Je Sampai Dorang Ada Anak. Pastu Slow2 Beli Motor Utk Pergi Kerja.
Pastu Dia Beli Persona Utk Dorang Anak Beranak. Now Anak2 Dah Bsr Persona Dia Upgrade Kereta Lain, Myvi Pun Dah Tukar Dgn Kereta Lain. Slow2 Je Sis

Pakai Je Kereta Apa, Myvi Ke Axia Ke Janji Selesa & Mudah Utk Sis & Bakal Husband. Parents I Bkn Jenis Tanya Ada Harta Ke X. Tp Slowly I Nampak Adik Beradik I Mampu Provide For Their Own Family.

Nasihat Kami Yang Dah Berkeluarga Ni, Sebaiknya Belilah Kereta Jenis Sedan. Ada But Besar, Senang Simpan Barang Banyak. Nanti Ada Anak, Stroller Dia Je Dah Separuh But. Bayangkan Kalau Pakai Myvi. Btw Saga Lebih Murah Dari Myvi Ya.

Cadangan. Kalau Awak Terjumpa Kisah Pasal Hutang/Muflis Dll Pasal Loan Kereta, Baca Kuat2 Depan Mak Awak Pastu Kutuk Kuat2 “Padan Muka X Sedar Diri Miskin Nak Pakai Kereta Mahal, Ni Mesti Beli Kubis Pun Catu Duit” Sambil Tengok Mak Kau Tp Jgn Sebut Pasal Kes Kau. Ulang2 Je

Atau Slow Talk Dgn Mak Kata, Selera Mak Ni Besar Sangat. Sy Bagi Mak Sebulan Untuk Carikan Menantu Kaya Ada Class Yang Mak Confirm Kita Berdua X Menyesal. Kalau X Dapat, Bersyukurlah Laki Yang Mampu Pakai Myvi Je Nak Kat Saya

Kahkah. Ckp Kat Mak Kau Ramai Bos2 Level Senior Manager Pun Bawak Viva Je Pi Ofis. Bos Chinese Aku Tuka Keje Gaji Naik Pun Masih Naik Viva. Dia Tukar Ativa Pun Sbb Viva Dah Nak Roboh Je. Our Mak2 Can’t Relate Coz Malays Mom Always Look High On Ppl Driving Nice Car Esp Honda

BACA: “Suami nak nikah lagi, minta jumpa bakal madu di kafe, settle makan, aku terus tunjuk segala geran kereta dan rumah depan dia, terus tak jadi kahwin”