Gadis rider cantik ni rupanya lelaki, ramai pemuda patah hati

Gadis rider cantik ni rupanya lelaki ramai pemuda patah hati

Gadis rider cantik ni rupanya lelaki, ramai pemuda patah hati. Adoii! ramai kecewa dan ‘frust menonggeng’ apabila seorang rider wanita cantik dari Jepun ini mendedahkan identitinya yang sebenar. Ini kerana rider wanita cantik ini ternyata rupanya seorang lelaki berusia 50 tahun!

Gambar-gambar rider ‘wanita’ cantik yang sering dimuat naik oleh selama ini rupanya diedit menggunakan aplikasi seperti FaceApp untuk menjadikan dirinya kelihatan seperti wanita cantik yang lebih muda.

Namun, tipu muslihatnya ini disedari oleh pengguna media sosial yang terlihat lengan ‘gadis rider’ kelihatan sangat maskulin pada salah satu foto yang disiarkannya.

Ia sekaligus menyebabkan stesen televisyen memulakan pencarian ‘gadis rider’ itu sehinggalah tembelang sebenar diketahui.

Lelaki berusia 50 tahun dengan rambut panjang, menggunakan nama Twitter @azusagakuyuki memperoleh lebih 33 ribu pengikut, sebelum ini sering berkongsi gambar memakai jaket kulit dengan motosikal miliknya.

Gadis rider cantik ni rupanya lelaki ramai pemuda patah hati

Zonggu berkata, beliau beralih ke aplikasi perubahan wajah kerana mahu menambah pengikut di media sosial beliau. Di bawah ini adalah wajah sebenarnya.

Beliau memberitahu stesen TV bahawa beliau rasa seronok menjadi ‘selebriti’ atas talian, meskipun terpaksa menipu ramai.

Gadis rider cantik ni rupanya lelaki ramai pemuda patah hati

BACA:

“Ini next level punya holiday ni!”, netizen terpegun tengok Hairul sekeluarga bercuti

Rakaman akhir mangsa dera sebelum mati jadi perhatian

Kuliah Subuh terlalu bising, lelaki mengamuk di masjid jadi kecoh!

CATEGORIES