Gadis menangis duit gaji pertama salah bank in ke akaun lain, ‘niat nak bagi mak’

Gadis menangis duit gaji pertama salah bank in ke akaun lain niat nak bagi mak

Gadis menangis duit gaji pertama salah bank in ke akaun lain, ‘niat nak bagi mak’. Zaman serba moden kini, urusan transfer duit sambil baring pun tiada masalah kerana semuanya di hujung jari sahaja.

Akan tetapi, kecanggihan ini juga boleh menyebabkan beberapa isu dan masalah.

Jika tersilap taip satu nombor akaun sekalipun, kita berisiko kehilangan sejumlah wang gara-gara dipindahkan ke dalam akaun milik orang yang tidak dikenali seperti kisah seorang wanita yang tular di TikTok baru-baru ini.

Dapat gaji first, konon nak surprise mak…tapi tersalah transfer dekat akaun bank orang lain

Awalnya saudari Fahada Bistari berniat untuk buat kejutan kepada ibu tercinta di kampung, dengan berkongsi sebahagian wang hasil gaji pertamanya.

Gadis menangis duit gaji pertama salah bank in ke akaun lain, 'niat nak bagi mak'

Namun gara-gara tidak menyemak butiran penerima terlebih dahulu, dia akhirnya tersilap transfer ke akaun milik orang lain. Difahamkan, kebetulan keluarganya pernah berurusan dengan individu tersebut sebelum ini.

Dia boleh cakap, kak sedekah jela nanti dapat pahala…harap orang tu bank in baliklah

Meskipun contact number berjaya dijejaki, tetapi pemilik akaun itu memujuknya supaya dianggap sedekah saja. Sambil menangis teresak-esak, Fahada tidak menyangka dapat respon sedemikian dan berharap agar wang tersebut dapat dikembalikan semula.

Selagi belum selesai, wanita ini bersangka baik bahawa Tuhan sedang menguji dirinya serta kejujuran individu tersebut.

Senangnya dia cakap sedekah, semoga terbuka hati orang tu pulangkan duit…Inshallah pasti digantikan rezeki lebih besar nanti

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pemilik akaun berkenaan agar terbuka hatinya untuk sudi pulangkan wang milik Fahada.

Dalam pada itu, mereka turut berkongsi beberapa tips untuk menyelesaikan masalah ini termasuklah rujuk resit pembayaran kepada pihak bank.

@fahadabistari Filter ni real kan #deechoqofahada #deechoqokedah #fahadabistari #fahadatalks #deechoqoshahalam #renfahada ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

BACA:

Kata dua Syafiq Yusof pada Kazar mengejutkan, baru je Ira kena tahan Jawi

Rupanya 70% pengikut Najib di Facebook adalah ‘fake account’?

Betul ke kripto wang s39 mampu tandingi Bitcoin?

CATEGORIES