Gadis ini terkejut ada darah menitik depan kereta, rupanya ada ‘mahkluk’ menumpang

Oleh MHDAILY

Gadis ini terkejut ada darah menitik depan kereta, rupanya ada ‘mahkluk’ menumpang.

Jelas gadis ini, ketika pulang dari kerja dia mengambil keputusan untuk berhenti bagi mengisi angin tayar keretanya.

Namun, dia terkejut apabila terdapat darah yang menitik di bahagian depan keretanya.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Gadis ini terkejut ada darah menitik depan kereta, rupanya ada 'mahkluk' menumpang

 

Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan dia berasa cemas kerana di bahagian depan sama sekali tiada kesan langgar.

Bagaimanapun, dia ketika itu tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya menunggu bantuan sampai bagi mengenal pasti darah yang menitik di tempat tersebut.

Bantuan Sampai:

Tiba2 Bau Busuk Dan Ada Darah Menitik” – Ular Sawa Sebesar Lengan Lelaki  Dewasa Melingkar Di Dalam Bonet Hadapan Kereta Milik Gadis Ini

‘Ular sebesar lengan lelaki’

 

Bila disiasat rupa-rupanya darah yang menitik tersebut angkara seekor ular yang ‘tersepit’ di bahagian enjin keretanya. Ujar gadis ini lagi, dia dibantu oleh rakan-rakan sekerjanya digelar sebagai Minions.

Terhidu Bau Bangkai Masa Memandu, Gadis Cemas Bila Dapat Tahu Ular Sawa  Tersepit Dekat Enjin Kereta!

Bahkan, jika dilihat menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat saiz ular yang besar itu.

Tidak berakhir di situ, proses untuk mengeluarkan ular tersebut juga agak rumit dan kawan-kawannya perlu membuka bateri keretanya bagi mengeluarkan ular tersebut.

Ular berjaya dikeluarkan

Apa yang lebih mengejutkan, apabila ular tersebut telah berjaya ‘sampai’ ke bahagian dashboard dan gadis ini terpaksa ke bengkel bagi memeriksa semula bahagian depan keretanya.

Bagaimanapun, dengan bantuan rakan-rakannya itu, bangkai ular itu berjaya dikeluarkan oleh rakan-rakannya.

 

Di penghujung thread, gadis tersebut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya yang sanggup membantunya daripada mula hingga ke akhir sehinggakan mereka tidak sempat lagi untuk makan.

BACA:

Sultan Johor bayar zakat RM10 juta! Ini punca kekayaan Sultan Johor yang rakyat tak tahu

Sebenarnya ubat gegat bukan dicipta untuk halau lipas, ini kegunaannya yang sebenar ramai tak tahu