Gadis berdepan hukuman gantung selepas bunuh kekasih nak rogol dirinya

Gadis berdepan hukuman gantung selepas bunuh kekasih nak rogol dirinya

Gadis berdepan hukuman gantung selepas bunuh kekasih nak rogol dirinya. Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan membunuh teman lelakinya, minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Sim Hui Ying, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan majistret R. Salini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan niat sehingga menyebabkan kematian Yap Kelly, 29, pada 20 September lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Taman Mount Austin, di sini.

Difahamkan, suspek bertindak sedemikian ketika menentang kemahuan mangsa yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.

Gadis berdepan hukuman gantung selepas bunuh kekasih nak rogol dirinya

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Mohammad Syafiq Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat dan kimia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.

BACA:

Melancong negara miskin tapi semua benda nak murah, Mat Salleh ni kena kecam

Ini 5 ‘dash cam’ yang murah dan berkualiti sesuai untuk kereta anda

Jemaah masjid dan surau tidak wajib lagi pakai mask muka

CATEGORIES