Full Lockdown : MB nafi akan berlaku di Perak Jumaat ini seperti yang ditularkan

Oleh MHDAILY

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad menafikan mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat atau ‘full lockdown’ akan dilaksanakan di seluruh negeri Perak Jumaat ini.

Beliau berkata, hingga hari ini, kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan dan masih mengadakan perbincangan lanjut berkenaan hal itu.

“Saya tidak pasti (dari) mana datangnya sumber maklumat itu. Yang pastinya, kita memang ada beberapa siri mesyuarat yang dijalankan bagi perbincangan berkaitan PKP namun belum mempunyai keputusan muktamad.

Baca Artikel Penuh