Founder tunjuk pakai telekung RM16K untuk solat kena kecam

Founder tunjuk pakai telekung RM16K untuk solat kena kecam

Founder tunjuk pakai telekung RM16K untuk solat kena kecam. Tidak dinafikan, seseorang itu boleh beli apa saja yang dikehendaki walaupun mahal jika dia mampu

Kita diajar untuk mengukur baju di badan sendiri, kalau tak mampu tak perlu beli benda yang melampaui batas kemampuan kita betul tak? Kita juga diajar untuk hidup bersederhana dan sentiasa rendah diri.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang founder menayang telekung mahalnya telah mencuri tumpuan.

Pakai telekung RM16K untuk tak rasa serba salah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang merakam dirinya bertelekung di depan cermin.

Founder tunjuk pakai telekung RM16K untuk solat kena kecam

Apa yang lebih mengejutkan adalah kapsyen videonya yang tertulis “telekung harga RM16,000 untuk jumpa Allah, baru rasa tak bersalah pakai beg harga belasan ribu depan kawan”.

Perkara itu mengundang kecaman netizen kerana dia bertindak show off dan sepatutnya dia tidak membuat kapsyen seperti itu.

“Bukan nilai telekung yang Allah pandang tapi ibadat kita Allah terima ke tidak paling takut” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 452K tontonan, 16K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut melontarkan pendapat masing-masing berkenaan situasi itu.

Semoga kita semua dijauhkan dengan sifat riak. Amin.

BACA:

“Saya tidak akan lewatkan pilihanraya walau sesaat pun” – PM

Anak Zahid akui sudah lama baik dengan keluarga Anwar, “dia sweet orangnya”

Pantang nampak abang lori sampah mesti ucap terima kasih, kisah budak ini jadi perhatian

CATEGORIES