Food Rider selamba tendang cermin sisi Porsche sampai patah, “dia dah bagi signal kan”

Food Rider selamba tendang cermin sisi Porsche sampai patah dia dah bagi signal kan

Food Rider selamba tendang cermin sisi Porsche sampai patah, “dia dah bagi signal kan”. Pada awal pagi hampir setiap laluan utama sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke tempat kerja.

Baru-baru ini seorang rider penghantar makanan dirakam menendang cermin sisi kiri sebuah Porsche 911 Carera 4S sehingga tercabut dan terpelanting mengenai Toyota Estima di hadapan mereka.

Dalam video berdurasi satu minit itu kelihatan kereta Porsche terbabit cuba menukar lorong ke kiri perlahan-lahan sambil membuka lampu signal. Pemandu tidak terus masuk ke lorong tengah, sebaliknya berhenti seketika memberi laluan kepada beberapa buah motosikal di belakangnya.

Secara tiba-tiba datang seorang rider penghantar makanan terus menendang cermin sisi kereta terbabit sehingga tercabut dan terus meninggalkan tempat kejadian.

Food Rider selamba tendang cermin sisi Porsche sampai patah dia dah bagi signal kan

Tindakan rider itu mengundang pertikaian warganet, ada yang menyalahkan pemandu Porsche itu kerana tidak sabar mahu menukar lorong. Nyata mereka, memberi lampu signal bukan ‘lesen’ untuk menukar lorong tanpa memberi laluan kepada penunggang motosikal yang datang dari belakang terlebih dahulu.

Namun lebih ramai mengutuk perbuatan rider berkenaan kerana bertindak agresif merosakkan kenderaan pengguna jalan raya lain yang boleh menyebabkan pemandu sukar untuk meneruskan perjalanan.

Tambah netizen lagi, mereka meminta agar pemandu Porsche itu membuat laporan polis terhadap rider terbabit kerana berlaku khianat merosakkan kereta miliknya.

Mereka turut berharap pihak berkuasa dapat memberikan hukuman yang setimpal kepada rider agar dapat menjadi pengajaran buat dirinya serta penunggang motosikal yang lain.

Gara-gara insiden rider sepak side mirror pada pagi tadi, habis semua nama rider tidak bersalah turut terpalit jua.

BACA:

Jep buat hal dalam bas, ‘sampai berkilat dah cable tu dia kerjakan’

Cuti sekolah dah tiba, ini 8 tips bercuti di Genting Skyworld yang ramai tak tahu

Gaji RM2 Juta sebulan, Sadio Mane buat saham akhirat di kampung

CATEGORIES