Fokus mestilah untuk selamatkan negara, bukan untuk kepentingan individu – Anwar

Calon PM

Usaha menyelamatkan negara memerlukan dasar yang jelas oleh kerajaan, sekali gus mampu meningkatkan keyakinan pelabur luar dan dalam negara.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sebagai sebuah negara demokratik, Malaysia tidak seharusnya mengambil langkah yang salah.

Anwar berkata, dasar atau perancangan yang dibuat perlu ke arah untuk menyelamatkan negara bukan menyelamatkan mana-mana individu.

“Ini prinsipnya, kerana negara kita ini negara demokratik dan kita mahu menyelamatkan negara, bukan nak menyelamatkan individu.

“Jika kita sebut menyelamatkan negara ia bermakna dasar yang jelas dan keyakinan pelabur dalam negara dan pelabur asing,” katanya pada program Bicara Masa Depan Negara bersama Anwar Ibrahim yang disiarkan secara langsung di Facebooknya, malam ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai cadangan pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini.

Anwar menegaskan, usaha membentuk MAGERAN merupakan satu cara untuk kembali berkuasa dengan menggunakan undang-undang darurat.

Ketika sesi itu juga, Anwar berpandangan bahawa masalah pandemik COVID-19 dan ekonomi yang dihadapi negara buat masa ini memerlukan tatakelola yang cekap.

Jelas beliau kerajaan perlu mempunyai perancangan jelas dan tidak mengambil masa yang lama untuk merangka strategi bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selamatkan-negara-bukan-selamatkan-manamana-individu-anwar-303147

COMMENTS

Wordpress (0)